fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak Lakonkan Semula Babak Filem P.Ramlee Cuit Hati Ramai [Video]
Kanak-kanak tunjuk lakonan mantap dipuji ramai

Kanak-Kanak Lakonkan Semula Babak Filem P.Ramlee Cuit Hati Ramai [Video]

Lakonan mantap yang ditonjolkan dua kanak-kanak itu untuk filem Nasib Do Re Mi turut memukau penonton yang melihatnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bakat yang dimiliki oleh seseorang perlulah dicungkil dan diasah sejak kecil lagi agar ianya dapat dikuasai dan dipraktikkan di masa akan datang

Malah latihan awal yang diberikan juga dapat membuatkan seorang kanak-kanak itu lebih yakin dalam menonjolkan diri dengan apa sahaja yang dilakukan mereka.

Kanak-kanak buat lakonan semula babak filem Nasib Do Re Mi

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang memaparkan dua orang kanak-kanak melakukan ‘lip sync’ dan lakonan semula babak dari filem allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang bertajuk Nasib Do Re Mi hingga mencuit hati ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Cikgu Man yang juga guru pelatih mereka, kelihatan pasangan kanak-kanak itu sedang menari dengan penuh bertenaga.

Dipercayai persembahan itu dilakukan oleh dua orang murid dari sebuah sekolah rendah yang terletak di Johor.

Lakon semula guna lagu Pesta Muda Mudi

@chegu_man

Pitam cikgu😅🤣nk terkentut rasa tahan gelak🤣🤣 #johor #sktebraubakarbatu #johore #jdt

♬ original sound – Chegu Man – Chegu Man

Tarian seperti zaman 60-an itu turut menggunakan lagu yang sama iaitu Pesta Muda Mudi yang dinyanyikan oleh Saloma.

Persembahan itu tidak hanya menunjukkan bakat mereka menari malah mereka juga turut menunjukkan lakonan mantap mereka yang hampir sama seperti dalam filem tersebut.

Apa yang lebih menarik, orang ramai yang menjadi penonton ketika itu turut ketawa kerana terhibur dengan persembahan yang dilakukan.

Melihat di ruangan komen ramai yang terhibur dengan aksi comel itu dan memuji mereka yang bukan hanya pandai menari tetapi turut menjiwai watak ketika berlakon.

“Alahai comel bebenor. Lakonan mantap dik”

“Seronok Maktok tengok”

“Pandailah berlakon”

“Terbaiklah”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.