fbpx

Pengantin Perempuan Terduduk Lihat Suami Dipeluk Wanita Lain Ketika Bersanding, Rupa-Rupanya.. [Video]

Situasi cemas di atas pelamin bagaimanapun bertukar ceria dan mengundang tawa sebaik mengetahui identiti ‘wanita’ yang memeluk si suami.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi resmi manusia, pasti menginginkan sesebuah majlis yang dijalankan berada dalam keadaan yang baik dan sempurna.

Apatah lagi jika majlis tersebut merupakan acara yang besar seperti hari persandingan dan pernikahan.

Namun, pasti akan berasa terkejut jika di saat hari yang sepatutnya menjadi bahagia bertukar tegang dan duka apabila muncul ‘orang ketiga’ yang datang dan membuat onar di majlis tersebut.

Majlis persandingan bertukar cemas seketika

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah majlis persandingan sepasang kekasih bertukar menjadi cemas buat seketika.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @ifah_hennaart, kelihatan pasangan mempelai itu sedang berdiri di atas pelamin sambil menunggu ahli keluarga dan tetamu yang hadir naik ke atas untuk sesi bersalaman.

Wanita berjubah dan purdah datang peluk pengantin lelaki

Bagaimanapun, ketika seorang wanita yang memakai jubah dan purdah menaiki pentas untuk bersalaman, dia secara tiba-tiba memeluk pengantin lelaki tersebut.

Susulan kejadian itu, suasana di majlis berkenaan terus bertukar menjadi panik dengan ibu bapa dan ahli keluarga pengantin lelaki meminta wanita itu untuk melepaskan pelukannya.

Dalam video sama, pengantin perempuan pula dilihat terduduk dan terkedu selepas terkejut melihat suami kesayangan dipeluk wanita lain.

Ternyata seorang lelaki yang ‘prank’ rakan baiknya

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu wanita terbabit membuka purdahnya dan ternyata sosok tubuh itu milik seorang lelaki yang dipercayai kawan baik kepada pengantin lelaki itu.

@ifah_hennaart

sukses ngeprank🤣🤣 Barakallah SAMAWA putra&putri🤵🧕

♬ original sound – 🪐✨

Difahamkan, tindakan tersebut dilakukan oleh lelaki itu kerana ingin ‘prank’ sahabatnya itu di hari persandingannya.

Selepas mengetahui identiti sebenar wanita berpurdah tersebut, suasana yang tadinya panik bertukar menjadi ceria dan dipenuhi gelak tawa.

Raih pelbagai reaksi dan rata-rata orang terhibur

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi terhadap video berdurasi 30 saat itu.

Malah, mereka turut terhibur dengan ‘prank’ yang dilakukan oleh kawan baik pengantin lelaki terbabit.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.