fbpx
Now Reading
“Dia Terkam Leher, Tampar Muka” – Sajat Trauma, Dedah Nyaris Diperkosa Di Australia [Video]

“Dia Terkam Leher, Tampar Muka” – Sajat Trauma, Dedah Nyaris Diperkosa Di Australia [Video]

Mengulas mengenai insiden tersebut, Sajat berkata semuanya bermula apabila lelaki itu masuk ke kedainya lalu mengunci pintu sebaik pelanggan terakhir keluar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Usahawan kontroversi Sajat mendedahkan beliau hampir menjadi mangsa rogol oleh seorang lelaki di Australia pada awal Januari yang lalu.

Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna Facebook memaklumkan insiden berlaku di premis perniagaannya pada 17 Januari lalu.

Jelas Sajat, insiden mengerikan itu menyebabkan dia kini trauma dan mengalami ‘anxiety’ sehingga perlu mendapatkan rawatan.

Pelaku kunci kedai selepas pelanggan terakhir Sajat keluar

Mengulas mengenai insiden tersebut, Sajat berkata semuanya bermula apabila lelaki berketurunan Arab itu masuk ke kedainya lalu mengunci pintu sebaik pelanggan terakhir keluar.

“Benda ini jadi dalam bilik dalam kedai Sajat, dia menyelinap masuk dan kunci kedai. Dia ugut kata dalam kedai tiada kamera llitar tertutup (CCTV) tapi Sajat tetap melawan kata tak boleh macam ni.

“Dia tak puas hati tampar dan terkam leher Sajat, dia raba kemudian sudah buka baju dan seluar waktu itu,” kata usahawan yang kini menetap di Australia itu.

Namun atas faktor keselamatan dia terpaksa menipu lelaki yang juga pelanggannya itu dan memintanya menunggu terlebih dahulu.

“Fizikalnya (suspek) besar, tinggi.. dia terkam leher, tampar muka. Saya tak melawan sebab kalau buat begitu, keadaan akan jadi lebih teruk Mungkin Sajat akan mati.

“Saya kata, saya akan buat apa sahaja yang awak mahu. Dia buka semua pakaian, saya pun cuba ‘pujuk’ dia untuk tidak berbuat begitu,”  katanya.

Lelaki tersebut sudah ditahan, Sajat terima pampasan

Tambah Sajat lagi, suspek bagaimanapun sudah pun berjaya ditahan malah usahawan itu juga sudah mendapat pampasan ekoran dari insiden tersebut.

“Ia dah jadi kes polis. Jadi sekarang ni saya dapat pertolongan daripada agensi yang memberi bantuan terapi untuk kesihatan mental serta gangguan seksual kerana jantina saya perempuan,” jelas Sajat sambil menangis.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.