“Hero Terciduk” – Niat Baik Tegur Rider Angkat Tongkat Sekali Dia Yang Terlanggar Belakang Myvi [Video]
PenungganG motosikal itu pada awalnya menegur rider Foodpanda terbabit sebelum merempuh kereta Myvi dihadapannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bergelar seorang pengguna jalan raya pasti kita semua pernah ditegur oleh orang lain jika terdapat sesuatu yang tidak kena dengan kenderaan kita.
Adakalanya teguran tersebut adalah seperti pintu kereta tidak rapat ketika sedang berjalan, tayar pancit dan sebagainya. Tujuan mereka menegur kerana tidak mahu anda terlibat dengan kemalangan atau sebarang perkara yang berbahaya.
Penunggang motosikal tegur rider minta angkat tongkat motor
Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada penunggang motosikal ini apabila dia menegur seorang rider Foodpanda untuk mengangkat tongkat motosikalnya kerana bimbang jika individu tersebut terjatuh.
Menerusi video dashcam yang dikongsikan oleh Cikniboss di TikTok, pada awalnya lelaki yang menunggang motosikal berwarna kuning itu menegur rider Foodpanda berkenaan sambil menunjuk ke arah tongkat motosikalnya.
Dia kemudian meneruskan perjalanannya sambil melihat ke arah rider tersebut tanpa menyedari motosikal yang ditunggang itu telah menghampiri kenderaan Myvi yang berada di hadapan.
Leka lihat rider tiba-tiba lelaki langgar kereta Myvi
Dia yang tidak sempat mengelak dan terus melanggar Myvi berwarna kuning yang berhenti di lampu isyarat itu.
Di penghujung video dia dilihat seperti sedang mengawal dirinya dari jatuh ke atas jalan raya sebelum berlari ke bahu jalan.
Dalam satu lagi video yang dimuat naik, kelihatan rider Foodpanda itu dengan segera cuba mendapatkan lelaki tersebut untuk melihat keadaannya sebelum pemandu Myvi itu keluar dari kenderaan terbabit.
Melihat di ruangan komen, ramai yang menyatakan mereka kasihan dengan nasib yang menimpa lelaki tersebut meskipun pada awalnya dia mempunyai niat yang baik.