Lotus’s Jalin Kerjasama Dengan Kotex Malaysia Beri Kesedaran Kebersihan Wanita Ketika Haid
Kotex Malaysia turut mengambil kesempatan dengan menyampaikan perbincangan mengenai haid, perubahan fizikal mitos haid serta banyak lagi untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak perempuan yang hadir.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Isu wanita yang berkaitan dengan haid atau masalah mengenainya sering dianggap sebagai sesuatu perkara taboo.
Malah suatu masa dahulu para wanita yang berdepan dengan masalah ini terpaksa berdiam diri darimembincangkannya di khalayak ramai kerana malu jika ia diketahui umum.
Namun seiring dengan peredaran masa perkara ini tidak lagi menjadi suatu yang janggal sebaliknya membuka mata semua bahawa membincangkan mengenai haid atau tentang masalah wanita adalah normal.
Lotus’s Malaysia jalankan kempen ‘Sis Boleh Sis’ sempena Hari Wanita Antarabangsa
Sehubungan itu sempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac lalu dan bertemakan #EmbraceEquity, Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd telah menjalankan sebuah kempen yang dipanggil ‘Sis Boleh Sis’.
Kempen yang berlangsung dari 26 Februari hingga 8 Mac itu bertujuan memberikan penghargaan kepada setiap wanita di muka bumi ini di atas pencapaian yang telah dilakukan mereka.
Oleh itu, dengan semangat #KitakanJiran, Lotus’s telah meningkatkan kesedaran mengenai ekuiti haid serta kebersihan wanita di kalangan remaja di sekolah angkatnya yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan.
Sebanyak 9 stor terlibat dalam kutipan derma produk kebersihan wanita
Lotus’s Malaysia turut melakukan kutipan derma produk kebersihan wanita dan penjagaan menerusi kempen ‘Sis Boleh Sis’ selama dua minggu di sembilan stor yang terlibat seperti:
- Lotus’s Kepong
- Lotus’s Cheras
- Lotus’s Pulai Hartamas
- Lotus’s Alor Setar
- Lotus’s Kota Bharu
- Lotus’s Seremban Jaya
- Lotus’s Melaka Sentral
- Lotus’s Desa Tebrau
- Lotus’s Tanjung Pinang
Syarikat tersebut juga turut menyumbang lebih daripada 100 barangan daripada jenamanya seperti Aliv iaitu kit permulaan kepada tong amal sebagai tambahan kepada sumbangan daripada pelanggan pasar raya itu.
Kutipan derma akan diberikan kepada 3,000 pelajar perempuan di 19 sekolah angkat Lotus’s Malaysia
Tujuan kutipan derma ini dibuat adalah untuk diberi kepada lebih 3,000 pelajar perempuan dari 19 sekolah angkat Lotus’s Malaysia dan antara barangan yang akan diedarkan adalah:
- Tuala wanita
- Deodoran
- Pantyliner
- Pencuci kebersihan wanita serta barangan penjagaan diri.
Pada pagi tadi (15 Mac), syarikat ini turut mengambil kesempatan untuk membuat majlis penyerahan kepada lima sekolah angkat yang berada di sekitar Lembah Klang selain turut mengadakan ceramah tentang kesedaran haid kepada pelajar yang hadir.
Ceramah yang disampaikan oleh pihak Kotex Malaysia itu turut memberikan gambaran serta pendidikan kepada pelajar dan remaja perempuan mengenai perubahan fizikal, cara yang betul untuk membersihkan tuala wanita, mitos mengenai haid dan banyak lagi.
“Kebanyakan sekolah angkat kami terletak di kawasan luar bandar, di mana pelajar-pelajarnya mempunyai sumber dan kesedaran yang terhad tentang produk kebersihan diri atau pun kepakaran dalam menguruskan perubahan yang mereka hadapi secara fizikal dan emosi apabila mereka melalui frasa kematangan,” kata Pengarah Eksekutif, Perkhidmatan Korporat Lotus’s, Azliza Azmel.
Atas sokongan diberikan pelanggan & Kotex Malaysia banyak insiatif boleh dibuat
Menurut Azliza, dia berterima kasih kepada pelanggan dan pihak Kotex terhadap sokongan yang diberikan kerana mereka dapat melakukan lebih banyak inisitif buat anak-anak muda di sekolah angkat mereka bagi menyuntik keyakinan dalam persediaan untuk peralihan ke alam wanita.
Oleh itu, Kotex Malaysia sentiasa tampil dengan inovasi produk dan strategi baharu agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya telah tampil dengan programnya yang dipanggil ‘She Can’.
Tujuan program tersebut dibuat adalah untuk melawan stigma serta mengalakkan akses terhadap pendidikan di sekolah dan komuniti dengan membantu wanita supaya mendapat peluang yang sama rata.
Kotex Malaysia ucap tahniah atas kempen ‘Sis Boleh Sis’ yang dilancarkan Lotus’s
Pengurus Pemasaran Kotex Malaysia, Ngui Siew Ching turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan Lotus’s melancarkan kempen ‘Sis Boleh Sis’ kerana ia selaras dengan misi Kotex untuk memastikan bahawa haid bukanlah penghalang buat seorang wanita untuk berjaya dan maju.
Malah kerjasama untuk menjadi sebahagian dari kempen tersebut memberikan mereka ruang dalam mempertingkatkan lagi program pendidikan kebersihan haid di sekolah yang telah lama diakukan sejak dua dekad.
“Hal ini amatlah penting kerana menurut Kajian Kemiskinan Haid dan Stigma yang telah kami jalankan, mendapati bahawa satu daripada dua kanak-kanak perempuan memutuskan untuk tidak hadir ke sekolah apabila mereka didatangi haid dan lebih 68% kanak-kanak perempuan tidak berasa selesa membincangkan soal haidnya secara terbuka.
“Memandangkan stigma dan pantang larang masih berleluasa di dalam komuniti kita, kami mengalu-alukan lebih banyak kerjasama dari rakan kongsi lain seperti Lotus’s untuk mengatasi cabaran ini bersama-sama,” katanya.
Tentang stigma masyarakat dan kemiskinan haid dari pendidikan
Mereka dalam masa sama turut berjanji akan terus berjuang untuk menentang stigma dan kemiskinan haid melalui pendidikan dan menyokong komuniti yang tidak bernasib baik.
Kotex Malaysia turut menyumbang hampir 4,000 pek atau lebih dari 30,000 kepingan pad kepada kempen ‘Sis Boleh Sis’ yang dianjurkan Lotus’s sebagai usaha mereka untuk membasmi kemiskinan haid.
Bukan hanya itu, ia juga adalah tanda sokong kepada kanak-kanak perempuan di 19 sekolah angkat Lotus’s di seluruh negara ini.