fbpx
Now Reading
“Sat Gi Tutup Balik Nah” – Seram! Pak Guard Nampak Cik Ponti Tengah Duduk Tengok TV Dalam Klinik [Video]

“Sat Gi Tutup Balik Nah” – Seram! Pak Guard Nampak Cik Ponti Tengah Duduk Tengok TV Dalam Klinik [Video]

Apa yang menariknya, pengawal keselamatan tersebut tidak melarikan diri, sebaliknya meminta makhluk yang kelihatan seperti Pontianak itu untuk menutup TV jika sudah selesai dengan urusannya di sana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain manusia, haiwan dan tumbuhan, terdapat juga hidupan lain yang mendiami bumi ini, namun ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar contohnya makhluk halus.

Bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk seseorang itu melihatnya secara sengaja atau tidak sengaja.

Pak guard rakam sosok tubuh dipercayai hantu dalam klinik

Seperti baru-baru ini, tular satu video di media sosial seorang pengawal keselamatan merakam sosok tubuh dipercayai hantu sedang duduk di dalam sebuah klinik di Perlis

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @malaysianupdatenews, kelihatan menerusi rakaman keadaan di dalam klinik yang gelap ketika waktu malam.

Bagaimanapun, pengawal keselamatan tersebut menyedari bahawa televisyen (TV) di ruangan menunggu terpasang di saat dirinya melakukan rondaan.

Pak guard terlihat suatu kelibat sedang duduk tengok TV

Lebih menyeramkan, apabila pengawal keselamatan itu terlihat suatu kelibat yang sedang duduk di salah sebuah kerusi sambil menonton TV.

“Video ini dirakam oleh seorang pak guard sebuah klinik kerajaan di Perlis Indera Kayangan yang baru dibuka.

“Menurut empunya cerita, dia ternampak peti TV terpasang di ruang menunggu klinik berkenaan ketika sedang membuat rondaan,” tulisnya di kapsyen.

Berani, siap suruh tolong tutup TV lepas tengok

Apa yang menariknya, pengawal keselamatan tersebut tidak melarikan diri, sebaliknya meminta makhluk yang kelihatan seperti cik ponti itu untuk menutup TV selepas selesai menontonnya.

“Satgi tutup TV balik na, Assalamualaikum cuba kalih (pusing) sikit nak tengok. Ouhh tengah tengok TV takpa-takpa satgi minta tolong tutup balik TV,” kata pengawal keselamatan itu.

@malaysianupdatenews

Video ini dirakam seorang pak guard sebuah klinik kerajaan di Perlis Indera Kayangan yang baru dibuka. Menurut empunya cerita, dia ternampak peti TV terpasang di ruang menunggu klinik berkenaan ketika sedang membuat rondaan. Rupa-rupanya ada penonton.. Tengok cerita apa tu kak? 😖 #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ #videoviral #trending 👉Nak iklan murah? Terus klik link di profile

♬ Horror, suspense, weirdness, ghost, UFO – Zassh

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial kagum dan memuji keberanian pengawal keselamatan itu yang tidak takut berhadapan dengan makhluk sebegitu.

Malah mereka juga berseloroh dengan meminta agar geng paranormal untuk belajar ilmu keberanian daripada pengawal keselamatan tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.