fbpx
Now Reading
“Tak Beri Manfaat Kepada Agama” – PU Syed Persoal Kenapa Rakyat Malaysia Perlu Bangga Dengan Kejayaan Michelle Yeoh?

“Tak Beri Manfaat Kepada Agama” – PU Syed Persoal Kenapa Rakyat Malaysia Perlu Bangga Dengan Kejayaan Michelle Yeoh?

Menurut PU Syed, umat Islam tidak boleh berbangga dengan sesuatu kejayaan yang tidak bermanfaat kepada urusan agama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rakyat Malaysia pasti berbangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh pelakon terkenal, Tan Sri Michelle Yeoh di anugerah Oscar 2023 pada Isnin lalu (13 Mac).

Ini kerana tiada lagi dalam sejarah Oscars di mana ada pelakon dari Malaysia mahupun di Asia yang berjaya dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik dengan sepanjang anugerah tersebut diadakan.

Ini turut menjadikan beliau sebagai wanita bukan kulit putih kedua berjaya memenangi anugerah itu selepas Halle Berry pada tahun 2002.

“Tak boleh berbangga dengan sesuatu yang tidak bermanfaat kepada urusan agama” – PU Syed

Pun begitu, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd. Bakri Syed Isyak atau lebih dikenali sebagai PU Syed tampil mempersoalkan sikap segelintir individu yang berbangga dengan kejayaan Michelle Yeoh di anugerah bertaraf antarabangsa itu.

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, PU Syed berkata, umat Islam tidak boleh berbangga dengan sesuatu kejayaan yang tidak bermanfaat kepada urusan agama.

“Apa dibangga dengan anugerah Oscar? Membanggakan Malaysia? Apa yg perlu dibanggakan sangat tu? Kita tak boleh berbangga dengan sesuatu yang tidak bermanfaat kepada urusan agama.. biarlah mereka nak berbangga dengan kejayaan itu tidak kepada yg beriman!”.

Rata-rata pengguna media sosial mengecam kenyataan PU Syed

Namun kenyataan yang diberikan oleh pendakwah tersebut dilihat tidak disambut baik oleh orang ramai, di mana rata-rata pengguna media sosial mengecamnya.

Bagaimanapun, PU Syed seolah tidak mempedulikan kecaman yang diterimanya apabila dia dilihat membuat satu lagi hantaran mempersoalkan perkara sama.

“Dok sangke pulok maroh betul depa tu bila ambe bertanya kenapa perlu berbangga dgn anugerah Oscar yg dimenangi oleh pelakon itu?

“Adakah sebab dia mampu berlakon di Hollywood dengan pelakon-pelakon ternama yang lain?

“Adakah asbab itu nama Malaysia menjadi gah? Atau kerana gelaran demi gelaran yg diraihnya?” soalnya.

Terdahulu, Michelle Yeoh menjadi rakyat Malaysia pertama yang dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada acara 95th Academy Awards (Oscars 2023).

Kejayaan Michelle sekaligus mengetepikan pencabarnya bagi kategori tersebut iaitu pelakon Andrea Riseborough bagi filem To Leslie, Ana de Armas (Blonde), Cate Blanchett (Tar) dan Michelle Williams (The Fabelmans).

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.