fbpx
Now Reading
Gangster Di El Salvador Dijatuhi Hukuman Penjara 1,310 Tahun Kerana Terlibat Puluhan Pembunuhan
lelaki dihukum penjara 1,310

Gangster Di El Salvador Dijatuhi Hukuman Penjara 1,310 Tahun Kerana Terlibat Puluhan Pembunuhan

Menurut peguan Delgado ahli kumpulan yang telah dijatuhi hukuman itu tidak akan dibebaskan kerana telah menyebabkan kesengsaraan kepada penduduk di Salvador.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki dari satu kumpulan samseng di El Salvador telah dijatuhi hukuman penjara selama 1,310 tahun selepas terlibat dengan puluhan pembunuhan serta beberapa jenayah lain.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Wilmer Segovia bukan hanya disabitkan dengan 33 kes pembunuhan dan sembilan komplot untuk membunuh, malah beberapa lagi kes jenayah lain.

Memetik Harian Metro, individu itu juga dituduh menjadi anggota sel Shulton dari kumpulan Mara Salvatrucha (MS-13) yang beroperasi di El Salvador.

Kawan sel kepada Wilmer Segovia turut dijatuhi hukuman hingga 945 tahun

Dalam pada itu, peguam negara Salvador, Rodolfo Delgado memaklumkan bahawa rakan sel individu tersebut iaitu Miguel Ángel Portillo turut dihukum penjara selama 945 tahun.

Dia yang disabitkan dengan 22 pembunuhan, empat rancangan melakukan pembunuhan, serta cubaan untuk membunuh dan peras ugut.

Peguam Delgado menyatakan ahli kumpulan itu tidak akan dibebaskan selepas menyebabkan kesengsaraan kepada penduduk di Salvador.

“Mereka akan terus dikurung sehingga ‘membayar’ setiap jenayah dilakukan. Kami akan uruskan itu,” ujarnya.

Kumpulan ‘Geng MS-13′ itu sangat ditakuti pada tahun sekitar 2015 hingga dibiarkan untuk menjalani hukuman penjara di mana pengawal hanya akan meronda di bahagian luar sahaja.

Ahli kumpulan samseng turut menceritakan kisah jenayah dilakukan mereka

Tatu ahli kumpulan tersebut turut bercerita mengenai kisah jenayah yang dilakukan oleh mereka serta kehilangan orang yang tersayang semasa mereka berada dalam kumpulan terbabit.

Turut difahamkan sekitar 2,500 ahli dari kumpulan tersebut dikurung di El Salvador.

Beberapa minggu sebelum itu, terdapat pengumuman mengenai ribuan ahli kumpulan samseng itu akan dipindahkan ke ‘penjara mega’ baharu di El Salvador dilakukan.

Sekitar 2,000 orang ahli kumpulan telah dipindahkan kepada kemudahan 40,000 kapasiti yang dianggap sebagai terbesar di Amerika.

Presiden Nayib Bukelle turut berkongsi rakaman banduan yang mengenakan seluar pendek berwarna putih dengan kepalanya dicukur dan sedang berlari melalui penjara baharu ke dalam sel penjara.

Sebelum ini, pada Mac 2022 pihak kerajaan Salvador telah membuat pengisytiharaan untuk memerangi operasi kumpulan samseng di negara berkenaan.

Perkara ini secara tidak langsung telah mengakibatkan ahli kumpulan itu dijatuhi hukuman yang lebih berat hingga mendapat kritikan dari organisasi hak asasi manusia.

Sejak perkara itu diperkenalkan, pihak berkuasa telah menahan lebih dari 64,000 orang yang dipercayai menjadi ahli kumpulan samseng tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.