
“Jangan Terpedaya Dengan Air Matanya” – Wanita Dakwa Pernah Dibuli Uqasha Senrose Semasa Zaman Sekolah
Terkejut dengan tuduhan tersebut, Uqasha yang sedang diuji dengan insiden Kamal dipukul akan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak beberapa hari lalu, nama Uqasha Senrose menjadi bualan hangat di media sosial selepas tular suaminya, Kamal Adli dipukul semasa berada di Singapura.
Kamal Adli diserang dan dipukul oleh seorang lelaki yang memakai cota secara tiba-tiba sewaktu menghadiri satu acara di Singapore Expo Hall pada 12 Mac lalu.
Susulan itu, orang ramai berasa simpati selain mengambil berat terhadap perkembangan Uqasha dan suaminya yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan akibat kecederaan parah di kepala.
Wanita dakwa pernah dibuli oleh Uqasha semasa zaman sekolah
Namun, di sebalik perasaan simpati oleh orang ramai, tular ciapan seorang wanita yang mendakwa pernah menjadi mangsa buli Uqasha sewaktu di zaman sekolah menengah dahulu.
Menerusi bebenang di laman Twitter milik wanita yang dikenali sebagai Atikah Zamawi itu, dia mendakwa pernah berasa tertekan dan ingin membunuh diri sehingga terpaksa berpindah ke sekolah lain akibat dibuli oleh pelakon tersebut.
“Jangan terpedaya dengan air matanya, dia pernah membuli saya di sekolah menengah. Saya sangat tertekan dan berasa ingin bunuh diri sehingga saya terpaksa berpindah ke sekolah lain untuk mengambil SPM,” tulisnya.
Tunjuk gambar kelas sebagai bukti
Bagi membuktikan dakwaannya dia turut berkongsi gambar lama bahawa dia dan Uqasha pernah berada di kelas yang sama suatu masa dahulu.
Here’s the proof 😑 pic.twitter.com/Dd0aNIodt8
— Ayla (@ImZawani) March 14, 2023
Bagaimanapun, dia meminta agar orang ramai tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan mengecam Uqasha memandangkan dia sedang menjaga suaminya yang sedang sakit.
“Dia perlu menjaga suami dia buat masa ini. Saya tidak ada masalah dengan orang lain kecuali dia. Sama-sama kita doakan agar suaminya sembuh.”
Kejadian dikatakan berlaku 15 tahun dahulu di SMK USJ 13
Difahamkan, kejadian buli tersebut berlaku pada 15 tahun yang lepas semasa dia dan Uqasha bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13, Subang Jaya, Selangor.
it was 15 years ago, petty ke? Just bcs she’s famous I kena let go? For her, bullying me is just another day at school to pass the time. But for me, I’m traumatized. I pergi undi kat sekolah lama. Heart rate shoot up 170bpm 😮💨
— Ayla (@ImZawani) March 15, 2023
Uqasha jelaskan kenyataan tersebut adalah fitnah
Namun, Uqasha yang menyedari tuduhan tersebut terkejut dan tidak menyangka bahawa dirinya akan difitnah dan digelar sebagai pembuli di saat dia dan keluarga sedang berdepan dugaan.
Pada masa sama, Uqasha turut menjelaskan bahawa pihak polis akan melakukan siasatan berdasarkan maklumat yang telah diberikan olehnya.
@ImZawani to u that hs menabur fitnah kaw2 .. ill see u soon 🙂 . dont worry everything bout u ur detalis police akan buat siasatan . Allah tu Maha besar . u can block me all u want after this but all ur conversations and details kami dah dapat .. dunia ni kecil ..
— uqasha senrose (@Uqashasen) March 15, 2023
Tidak hanya itu, segelintir individu yang mendakwa pernah mengenali Uqasha dan wanita terbabit semasa sekolah dahulu turut menceritakan perkara yang sebaliknya.
sy yang pindah sekolah form 5 . haihj tapi dia cakap dia yang pindah .. Allahualam pic.twitter.com/R8JfIBWp4V
— uqasha senrose (@Uqashasen) March 16, 2023
“Plot twist baik punya, mangsa buli dituduh kaki buli?”
Lebih mengejutkan apabila ada individu yang mendakwa bahawa sebenarnya wanita terbabit adalah seorang pembuli dan bukannya mangsa buli seperti yang diceritakan olehnya.
— uqasha senrose (@Uqashasen) March 16, 2023
Apa sahaja yang terjadi hanya Uqasha dan gadis tersebut sahaja yang tahu. Namun jika benar perkara tersebut sudah sampai ke pengetahuan pihak polis, adalah lebih baik kita sebagai orang luar untuk mendiamkan diri sahaja.
Semoga kebenaran berada di pihak yang benar!