Maxim Sudah Bertemu APAD, Akan Selesaikan Isu ‘Pemandu Tiada Permit EPV’

Sekitar minggu lalu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah menyerbu syarikat pengendali perniagaan pengantaraan, MAXIM selepas dipercayai membenarkan kenderaan di bawah kendaliannya di Putrajaya dan Pahang beroperasi tanpa permit kenderaan e-hailing (EVP) yang sah.

Tindakan itu sekaligus melanggar melanggar Seksyen 12A(5) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 kerana syarikat EHO dan pemandu e-hailing perlu berdaftar dan dilesenkan di bawah APAD atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Menurut JPJ lagi, semakan APAD kemudiannya mendapati hanya 402 daripada 5,000 kenderaan (8%) yang aktif menggunakan aplikasi Maxim mempunyai EVP. 

Perkara tersebut turut disahkan Maxim menerusi satu kenyataan. Namun mereka menjelaskan angka pemandu yang diberikan adalah tidak tepat memandangkan angka sebenar adalah lebih tinggi tidak termasuk pemandu di Sabah dan Sarawak.

Terbaharu, Maxim memaklumkan mereka sudah pun mengadakan pertemuan bersama APAD bagi merungkaikan kerumitan yang sedang dihadapi.

Maxim dalam satu kenyataan berkata, topik utama pertemuan itu ialah membincangkan proses memohon lesen EVP bagi pemandu baharu Maxim termasuk pembaharuan lesen EVP untuk pemandu sedia ada.

Wakil-wakil Maxim termasuk Pengarah syarikat Malaysia, Pakar Pelesenan dan Pakar Sokongan Pengguna hadir semasa sesi perbincangan. Soalan yang diajukan kepada pihak APAD berkenaan sistem E-hailing yang sedang digunakan bagi memohon, memperbaharui dan membatalkan lesen EVP tersebut. Hasil daripada perbincangan tersebut adalah wajib untuk memperbaharui lesen EVP yang dikeluarkan sebelum ini (namun) tidak dimaklumkan pihak APAD kepada Maxim. Walau bagaimanapun, pihak APAD meneruskan mengemas kini data pemandu Maxim masing-masing dalam sistem E-hailing.

Maxim

APAD dan Maxim semasa sesi tersebut turut bersetuju bahawa satu sesi perbincangan akan diadakan semula apabila pihak APAD sudah menaik taraf kepada versi sistem E-hailing baharu.

“Pihak Maxim seleras mengingatkan pemandu berkenaan kepentingan lesen EVP. Para pemandu Maxim perlu menghubungi pejabat berdekat atau permintaan daripada aplikasi pemandu ‘TaxSee’ dan memberikan maklumat yang berkaitan.”

“Kemudian, pihak Maxim akan menghantar kepada APAD bagi pengeluaran lesen EVP”.

Walau bagaimanapun, bagi pemandu yang menyediakan perkhidmatan penghantaran, perkhidmatan kurier dan lain-lain tidak perlu mendapatkan lesen EVP. Pemandu sedemikian boleh menyediakan perkhidmatan penghantaran tanpa memerlukan lesen EVP.

“Pihak Maxim sentiasa bersemangat mematuhi peraturan e-hailing berkaitan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian. Di samping itu, pihak syarikat tidak menghentikan ikhtiar bertemu dengan pihak berkuasa secara berterusan bagi mengeratkan perhubungan dan menghulurkan setiap kerjasama kepada kerajaan.”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

8 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

8 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

8 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

9 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

10 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

11 hours ago