Biadap! Lelaki Dakwa Diludah Mat Salleh Yang Potong Barisan Ketika Ingin Menaiki Teksi
Menurut lelaki tersebut, tindakan menjijikan itu dilakukan oleh mat salleh terbabit kerana berasa bengang tidak dapat menaiki teksi setelah dia cuba memotong barisan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak semalam, tular di media sosial seorang lelaki yang mendakwa dirinya diludah lelaki warga asing (mat salleh) semasa ingin menaiki teksi.
Menerusi satu ciapan di laman Twitter @brdthrnry, lelaki tersebut menceritakan pada awalnya dia sedang beratur sambil menunggu teksi.
Mat salleh datang potong barisan untuk menaiki teksi
Bagaimanapun, secara tiba-tiba seorang mat salleh datang memotong barisan lelaki yang sedang beratur itu.
Namun ketika teksi tiba, lelaki tersebut dengan segera menerpa ke arah pintu kereta serta menepis mat saleh itu untuk beratur.
Mat salleh meludah pasal tak dapat masuk teksi
Tanpa diduga, lelaki tersebut mendakwa mat salleh terbabit meludahnya kerana berasa marah tidak dapat menaiki teksi berkenaan.
“Baru sahaja mengalami kejadian yang tidak menyenangkan hari ini. Saya sedang beratur untuk menaiki teksi dan datang pula seorang mat saleh yang kebetulan memotong barisan.
“Apabila teksi tiba, saya cepat-cepat masuk dan menepisnya untuk beratur tetapi yang mengejutkan saya, dia meludah saya,” katanya.
Mengikut gambar dan video yang dikongsikan olehnya, kejadian dipercayai berlaku di ruangan menunggu bas Light Rail Transit (LRT) Ampang Park, Kuala Lumpur.
Sementara itu, kebanyakan pengguna Twitter turut mengecam tindakan yang dilakukan oleh mat saleh terbabit selain menyatakan rakyat Malaysia tidak seharusnya terlalu memberi layanan yang baik kepada mereka.
Masa untuk kita cakap balik “Pulanglah ke negara anda”
“go back to your country” like they always say, time for us to say it back to them LMAO
— wendy💫 (@wendyyhy_) March 16, 2023
We shouldn’t be treating them with any more respect than we treat ourselves. We Asians put these white folks up so high as if they are Gods.
— Dhilly🔺 (@leonwales) March 16, 2023
kasik pelempang sulung biar dia pengsan kasik mampus kalau x kasik pelajran x mustahil esok lusa dia buat dkt org lain..dasar anjirrrrrrr
— hakimdaniel94 (@Hasbull55691465) March 16, 2023
Kongsi pengalaman sama yang dilalui oleh mereka
Malah, segelintir netizen turut berkongsi pengalaman yang sama dilalui oleh mereka di saat sedang menunggu pengangkutan awam.
omg similar just happened to me, and old white guy just cut the line but the taxi driver know im the first so he gave me code to go bit forward and that old guy just screaming mad at this little girl
— Bucin Professional (@millanials) March 16, 2023
Aku plk inside the LRT. Nak keluar dkt station yg sama. Both of us stand sebelah2. Time nak keluar tu dia push2 aku nak cepat keluar. Eh kau tak bole sabar ke. Org pun tak ramai. Geram aku sound “Cant you just be patient. I also going out!” Satu gerabak pandang. Gi mampus situ!
— WhoamI? (@IamRaffffffff) March 16, 2023