Tular Pekerja Kedai Mamak Di Cyberjaya Teruk Dibelasah Lelaki Seperti Mabuk [Video]
Berdasarkan rakaman tersebut, lelaki terbabit dilihat seperti berada di bawah pengaruh alkohol kerana pergerakkannya yang agak terhuyung-hayang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hari ini (17 Mac), tular di media sosial satu kekecohan di antara seorang pekerja sebuah restoran mamak dengan dua individu dipercayai pelanggan kedai terbabit.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Twitter @mynewshub, kelihatan seorang lelaki berkemeja kelabu sedang menumbuk seorang pekerja lelaki restoran terbabit.
Kelihatan berkali-kali tumbukan demi tumbukan yang dilepaskan oleh lelaki terbabit kepada pekerja tersebut.
Pekerja hanya mempertahankan diri walaupun dipukul berkali-kali
Namun, pekerja terbabit dilihat hanya mempertahankan dirinya tanpa berniat untuk membalas pukulan itu kembali.
Pada video sama, kelihatan seorang lagi lelaki berbaju hitam memakai topi merah dipercayai rakan kepada lelaki tebabit turut cuba ingin memukul pekerja tersebut.
Tidak hanya itu, dia juga dipercayai cuba mengeruhkan lagi keadaan dengan membaling pinggan ke arah pekerja tersebut.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah restoran mamak di Cyberjaya.
Pelbagai reaksi dan spekulasi diberikan oleh netizen
Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi dan spekulasi yang diberikan oleh pengguna Twitter berhubung kejadian tersebut.
Tidak hanya itu, segelintir netizen juga turut mendakwa lelaki terbabit berada di bawah pengaruh alkohol kerana keadaannya yang dilihat terumbang ambing.
Bagaimanapun, setakat ini punca kejadian masih belum diketahui. Kami akan mengemaskini artikel ini sekiranya mendapat maklumat tambahan.
A: kenapa telur masin habis?
— RandomRamblings (@KenapaKauDegil) March 17, 2023
B: boss datang tgh mlm mcm mana mau ada sorry boss.
A: kenapa ayam aku takde thigh?
B: itu thigh la boss, boss mabuk ka?
A: ek pundeh, kau panggil aku mabuk?
Ready, fight.
gaduhlah. gaduh je. asal jangan merosak barang kedai. ok? kau tu belakang tabir je. tangan tapayah gatal nak campak barang kedai.
— honestlee (@jenazahcinta717) March 17, 2023
kayu.
Congratulation people, an exact result when people get drunk.
— SkyTech Domain (@SkytechDomain) March 17, 2023
Stoner watching this with smirk face
Orang mabuk ni apa benda dia nak buat pun tak boleh. Elok kurung je dalam reban. Mabuk je dgn ayam tu. Menyusahkan orang.
— PapaEan™️ (@AimanSyahmi611) March 17, 2023