fbpx
Now Reading
Wanita OKU Sanggup Makan Sekali Seminggu Demi 6 Ekor Kucing Peliharaan
wanita sanggup makan sehari sekali

Wanita OKU Sanggup Makan Sekali Seminggu Demi 6 Ekor Kucing Peliharaan

Menurut Yasemn, dia tidak mempunyai wang tetapi tidak mahu melepaskan enam ekor kucing peliharaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita di Tottenham, London yang dikenali sebagai Yasemn Kaptan sanggup makan hanya sekali sahaja seminggu kerana menyimpan wang untuk memberi enam ekor kucing peliharaannya makan.

Memetik Daily Mail, wanita yang berusia 46 tahun itu mendapat elaun kurang upaya (OKU) sebanyak £400 (RM1,904.30) kerana mempunyai masalah osteoporosis. Wang tersebut bagaimanapun digunakan untuk sewa serta bil.

Memandangkan dia menjaga pasangannya, Yasemn turut menerima elaun sebanyak £69 (RM328.50) seminggu dan menggunakna £60 (RM285.65) darinya untuk kucing peliharaannya..

Minum teh pudina untuk tahan lapar

Menurut Yasemn, dia hanya meminum teh pudina bagi menahan lapar malah wanita itu turut hilang berat badan sebanyak 31.75 kilogram (kg) selepas mengurangkan pengambilan makanannya.

“Saya tidak mempunyai wang untuk simpanan tetapi saya tidak boleh melepaskan kucing-kucing itu. Mereka telah membesar bersama kami. Saya bersama mereka sejak mereka masih bayi.

“Saya membayar wang yang banyak untuk memiliki mereka, dan haiwan itu kini di akhir kehidupan. Ia adalah tidak adil untuk melepaskan mereka,” kata wanita itu.

Yasemn juga enggan untuk membuang kucing berkenaan kerana tidak tahu bagaimana keadaan dia atau pasangannya Erdinc Hassain, 46, yang juga menghidap penyakit ‘multiple sclerosis’ jika haiwan kesayangan itu tidak bersama mereka.

Tahan lapar hingga hilang berat badan

Oleh itu, dia sanggup untuk hanya mendapatkan satu hidangan makanan setiap minggu di mana ia telah membuatkan beratnya berkurangan

Hidangan yang dimakan oleh wanita itu kebiasaannya adalah sayuran BBQ seperti cili, bawang dan salad. Selain itu, dia turut meminum teh untuk sarapan pagi, makanan tengah hari, makan malam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.