fbpx
Now Reading
Bekas Peguam Kongsi Kenapa Rumah Arwah Ibu Ali Puteh Boleh Disita Oleh Mahkamah [Video]
Bekas peguam jelaskan bagaimana rumah arwah ibu Ali Puteh boleh disita

Bekas Peguam Kongsi Kenapa Rumah Arwah Ibu Ali Puteh Boleh Disita Oleh Mahkamah [Video]

Menurut Riena Lum, perkara itu boleh dilakukan kerana rumah arwah ibu Ali Puteh adalah ‘future income’ pelawak berkenaan dan ia lebih mudah dari mengambil pendapatan yang berada di tangannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, pelawak Ali Puteh meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui rumah milik arwah Ibunya bakal disita apabila dia gagal membuat pembayaran bagi tuntutan sebanyak RM60,000 kepada kakak ipar, Siti Norhidayah seperti yang diperintahkan mahkamah.

Apa yang menimbulkan rasa kemusykilannya rumah berkenaan adalah milik ibunya dan tiada langsung kaitan dengan hutangnya kepada Siti Norhidayah.

“Saya peliklah ini harta mak saya kenapa pula hendak dijadikan cagaran atau sita.”

Baca artikel berkaitan: “Mana Hati Budi?” – Ali Puteh Terkejut Rumah Arwah Mak Akan Disita Gara-Gara Gagal Bayar RM60,000 [Video]

Bekas peguam jelaskan bagaimana rumah arwah ibu Ali Puteh akan disita

Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian orang ramai yang turut tertanya-tanya bagaimanakah kes antara Siti Norhidayah boleh dikaitkan dengan rumah arwah ibu Ali Puteh.

Sehubungan itu, beberapa pengguna TikTok telah bertanyakan perkara itu kepada seorang bekas peguam yang dikenali sebagai Riena Lum untuk meminta pencerahan mengenainya dari sudut undang-undang.

Menurut Riena kebiasaanya mahkamah telah menetapkan skim bagi pembayaran itu namun terdapat beberapa situasi seperti kes kes Ali Puteh dan Siti Norhidayah di mana mereka diberikan kebebasan untuk menguruskan pembayaran itu sendiri.

Ali Puteh masih belum bayar tuntuan RM60,000 kepada Siti Norhidayah

Walau bagaimanapun, tidak tahu di mana silapnya Ali belum membuat pembayaran tuntutan berkenaan kepada kakak iparnya itu.

“Jadi jika ada masalah dengan perkara itu, mahkamah boleh masuk campur untuk tentukan bagaimana pihak berkenaan perlu membuat pembayaran. Namun isu sebenar adalah mengapa mahkamah mengambil rumah arwah ibunya?

“Ini kerana secara logiknya orang yang telah meninggal dunia tidak boleh memegang sebarang harta jadi rumah berkenaan mengikut hukum faraid adalah ‘future income (pendapatan)’ kepada Ali,” katanya.

Secara sah rumah arwah ibu adalah ‘future income’ Ali

Menurut Riena secara sahnya harta tersebut adalah milik Ali kerana ibunya telah meninggal dunia.

“Jadi Riena jelaskan logik mahkamah ya, pertama ia mudah dan lebih baik untuk mengambil ‘future income’ daripada mengambil pendapatan yang berada pada tangan pihak berkenaan.

“Jadi daripada individu itu mengambil pinjaman peribadi ke atau terpaksa menjual kereta atau apa-apa yang dimiliki untuk membayar semula hutang tersebut baik individu tersebut hanya ambil sahaja harta yang akan diberikan di masa akan datang,” ujarnya.

Jelas Riena secara logiknya perkara itu tidak akan membuatkan individu atau pihak berkenaan terasa beban untuk membuat pembayaran hutang berkenaan.

Lebih mudah untuk dikawal

Menurutnya lagi yang kedua apabila ingin melakukan sebarang pembahagian harta atau menukar hak pemilikan ia perlu dilakukan melalui proses yang sah (legal).

“Alang-alang aset tersebut sedang melalui proses sah (legal) lagi senang nak kawal sebenarnya daripada pandangan pihak berkuasa dan waris masih mempunyai hak istimewa terhadap harta pusaka tersebut.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.