fbpx
Now Reading
Silap Beri 2 Penalti Dalam Aksi Sabah VS Penang FC, FAM Gantung ‘Ref Botak’ Zulkarnain Zakaria

Silap Beri 2 Penalti Dalam Aksi Sabah VS Penang FC, FAM Gantung ‘Ref Botak’ Zulkarnain Zakaria

Zulkarnain sebelum ini menjadi topik perbualan hangat peminat bola sepak tempatan apabila menghadiahkan empat sepakan penalti pada aksi berkenaan yang mana tiga darinya kepada Sabah FC dan satu lagi kepada Penang FC.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, 19 Mac membuat keputusan menggantung pengadil, Zulkarnain Zakaria secara serta-merta daripada mengadili sebarang perlawanan Liga Malaysia 2023.

Langkah itu diambil ekoran dari keputusan kontroversi Zulkarnain Zakaria yang terkenal dengan panggilan ‘Ref Botak’ sewaktu mengadili perlawanan di antara Sabah FC dan Penang FC di Stadium Likas, Sabah pada Jumaat (17 Mac) lalu.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Noor Azman Rahman dalam satu kenyataan berkata, Zulkarnain Zakaria, telah terkhilaf dalam mengintepretasi dua situasi pemberian sepakan penalti kepada Sabah, pada minit ke-41 dan masa tambahan (90+9).

Sehubungan itu Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM yang diketuai oleh Timbalan Presiden Datuk S. Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM memutuskan untuk menggantung Ref Botak.

Foto : FB Penang FC

FAM tidak akan teragak-agak ambil tindakan jika mutu pengadil tidak ikut piawaian

Tambah Noor Azman, FAM menerusi Jawatankuasa Pengadil tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mutu pengadilan yang tidak memenuhi standard yang ditetapkan di masa akan datang.

“Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM telah bersidang pada Sabtu bagi meneliti laporan daripada Penilai Pengadil perlawanan tersebut serta klip-klip rakaman video setiap insiden berkenaan.

“Jawatankuasa Pengadil FAM memandangkan serius perkara ini dan akan memberikan peringatan dan teguran keras kepada semua pengadil, agar sentiasa optimum dalam menjalankan tugas dengan pemahaman bola sepak secara lebih holistik.

“Jawatankuasa juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan keras dan yang sewajarnya kepada mana-mana pengadil, yang menampilkan mutu pengadilan yang tidak memenuhi piawaian yang telah ditetapkan pada perlawanan akan datang,”

Terdahulu Zulkarnain menjadi topik perbualan hangat peminat bola sepak apabila menghadiahkan empat sepakan penalti pada aksi berkenaan yang mana tiga darinya kepada Sabah FC dan satu lagi kepada Penang FC.

Aksi tersebut berakhir dengan Sabah FC mencatatkan kemenangan 5-2 ke atas Penang FC hingga menimbulkan kemarahan peminat Penang FC.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.