fbpx
Now Reading
“Aku Nak Saman Kau” – Isu Pukul Wanita Nama ‘Diana’, Syamsul Yusof Mahu Heret Farid Kamil Ke Mahkamah

“Aku Nak Saman Kau” – Isu Pukul Wanita Nama ‘Diana’, Syamsul Yusof Mahu Heret Farid Kamil Ke Mahkamah

Menurut Syamsul, dia mengetahui tentang perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh rakan-rakannya yang lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengarah filem, Syamsul Yusof akan membawa pelakon, Farid Kamil ke mahkamah berhubung kenyataan berbaur sindiran di Instagram Story yang dipercayai ditujukan kepadanya baru-baru ini.

Difahamkan, Farid menyindir Syamsul dengan mengatakan pengarah filem Mat Kilau itu pernah memukul seorang wanita bernama ‘Diana’ yang dipercayai merujuk kepada isterinya, Diana Danielle sekitar 2005 yang lalu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Adakah Ini Contoh Anak Munafik..” – Hantaran Farid Kamil Di Media Sosial Undang Tanda Tanya Ramai

Syamsul tidak mahu dianggap pondan, hanya berani keluarkan kenyataan di media sosial

Sehubungan itu, Syamsul tidak mahu dianggap ‘pondan’ apabila sekadar berani memberi kenyataan di dalam media sosial seperti yang dilakukan oleh Farid.

“Untuk Farid Kamil, kita jumpa di mahkamah. Kalau dah bawa ke mahkamah, takkan nak main tepuk tampar, mestilah aku nak saman kau.

“Saya tidak mahu jadi pondan, ‘pung-pang’ dalam media sosial. Masing-masing dah tua, kenapa nak buat ‘game’ seperti budak-budak,” katanya kepada Kosmo.

Syamsul tahu cerita selepas dimaklumkan oleh rakannya

Menurutnya lagi, dia yang tidak begitu aktif dalam media sosial mendapat tahu tentang perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh rakan-rakannya.

“Saya malas nak main media sosial. Kita dah tua, nak cari rezeki. Masa muda-muda dulu okeylah kot. Sekarang hal yang remeh-temeh, saya malas nak layan sebab tidak mahu bergaduh.

“Tapi saya anggap ini ujian untuk menjadikan saya semakin matang. Bayangkan daripada berkawan (dengan Farid), tiba-tiba timbul cerita begini. Kau dah kenapa?” katanya lagi.

Kenyataan itu diberikan oleh Syamsul ketika ditemui media di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam (21 Mac) selepas memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa Boleh Terima Bila Tahu Isteri Jalinkan Hubungan Dengan Suami Orang” – Syamsul Yusof Failkan Nusyuz

Tular Farid Kamil seakan memerli Syamsul Yusof di IG Story

Terdahulu, Farid menerusi hantaran IG Story memerli seseorang individu yang didakwa pernah memukul isterinya suatu masa dahulu.

Jelas pelakon filem rempit itu, susulan kejadian itu Diana Danielle mengalami trauma yang panjang sehingga sekarang.

“Untuk rekod, ya dia memukul wanita bernama Diana pada 2005. Laporan dibuat tapi tiada tindakan,” tulis Farid.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.