“Atas Takda Apa Pun” – Tengah Ceramah Tiba-Tiba UAI Pandang Ke Atas Buat Ramai Rasa Takut & Bimbang [Video]

Sebut saja nama Ustaz Azhar Idrus, pasti ramai yang mengenali pendakwah bebas yang terkenal dengan panggilan UAI ini.

Cara beliau menyampai ceramah atau kuliah yang bersahaja dan diselitkan lagi dengan elemen-elemen lawak pasti membuatkan golongan muda juga tertarik untuk mendengarnya.

UAI berkelakuan pelik ketika sedang berceramah

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial rakaman UAI berkelakuan pelik secara tiba-tiba ketika sedang menyampaikan kuliahnya di sebuah masjid hingga meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @happysokm0o, pemilik video berkongsi rakaman ceramah pendakwah terkenal itu.

UAI senyap dan pandang ke arah atas, namun pemilik video dakwa tiada apa-apa di atas

Namun, secara tiba-tiba UAI kelihatan senyap sebelum memandang ke arah atas buat seketika dan menyambung kembali ceramahnya.

Pemilik video yang mendakwa berada di tempat kejadian pada waktu itu turut memandang ke atas untuk selepas melihat reaksi UAI, bagaimanapun tidak kelihatan apa-apa.

“Saya ada di masjid masa ni, terkejut juga tengok UAI tengok atas macam tu. Saya tengok kat atas takda apa pun,” tulisnya.

@happysokm0o

UAI tengok ape kat atas tu semasa ceramah kat masjid??🤔 mcm tengok kelibat bende je..

♬ bunyi asal – HappySokm0o – HappySokm0o

Difahamkan, kejadian ini berlaku di Masjid Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu pada 7 Mac lalu iaitu seminggu sebelum beliau dimasukkan ke dalam hospital kerana masalah kesihatan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Azhar Idrus Dimasukkan Ke Hospital Di Terengganu Kerana Masalah Paru-Paru & Jantung Bengkak

Ramai orang rasa bimbang dan takut melihat kejadian tersebut

Meninjau di ruangan komen, pelbagai perasaan yang dizahirkan oleh pengguna media sosial selepas melihat video tersebut, di mana rata-rata netizen berasa takut dan bimbang dengan kejadian tersebut.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga membuat andaian mengaitkan kejadian tersebut dengan kesihatan UAI yang kini berada dalam keadaan tidak begitu baik.

Walau apa pun, hanya UAI dan Allah S.W.T sahaja yang tahu apa yang berlaku pada waktu itu dan apa yang sedang dilihat oleh pendakwah bebas itu.

Sebagai umat Islam pula, adalah lebih baik kita terus mendoakan agar kesihatan UAI kembali pulih seperti sediakala.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

19 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

19 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

19 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

19 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

21 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

21 hours ago