fbpx
Now Reading
Dua Peguam Nafi Zakir Naik Ditahan Di Oman & Dihantar Pulang Ke India

Dua Peguam Nafi Zakir Naik Ditahan Di Oman & Dihantar Pulang Ke India

Malah beliau menerusi satu hantaran di Facebook turut memaklumkan beliau sudah tiba di Oman pada 22 Mac dengan selamat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peguam kepada penceramah sensasi, Dr Zakir Naik iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader menafikan laporan bahawa penceramah itu ditahan di Oman dan akan dihantar pulang ke India.

Beliau berkata, sebaliknya penceramah berkenaan disambut dengan protokol rasmi sebaik tiba ke negara Arab itu.

“Dia hantar mesej kepada saya memaklumkan yang dia selamat dan tinggal di sebuah hotel,” kata Akberdin kepada FMT.

Tambah Akberdin, Zakir Naik turut memberitahunya laporan-laporan itu hanyalah ‘berita palsu’ diterbitkan media yang dikawal oleh Kerajaan India di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Perkara sama turut disahkan seorang peguam Zakir Naik, Mubin Solkar kepada portal The Quint.

Mubin adalah peguam Zakir Naik yang berpangkalan di Mumbai, India.

Malah beliau menerusi satu hantaran di Facebook turut memaklumkan beliau sudah tiba di Oman pada 22 Mac dengan selamat.

Difahamkan Zakir Naik ketika ini berada di negara itu atas jemputan jabatan kerajaan di sana untuk beberapa siri ceramah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.