fbpx
Now Reading
Jijik! Peniaga Sorok Lauk & Nasi Untuk Kaki Ponteng Puasa Dalam Tandas [Video]
menjijikan makanan disimpan dalam mesin basuh

Jijik! Peniaga Sorok Lauk & Nasi Untuk Kaki Ponteng Puasa Dalam Tandas [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan ayam goreng dan nasi bungkus disimpan di dalam mesin basuh yang turut berisi stokin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam semua umat Islam gembira meraikan bulan Ramadan yang mulia ada juga individu yang tidak bertanggungjawab apabila cuba untuk tidak menjalani ibadah puasa yang merupakan rukun Islam ketiga itu.

Malah apa yang lebih menjadi perhatian, ada juga segelintir peniaga yang mengambil kesempatan dengan menjual makanan kepada golongan atau geng plastik hitam.

Dedah peniaga jual makanan kepada geng plastik hitam

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dimuat naik oleh @abemadzainudin83 memaparkan beberapa tindakan peniaga yang bertindak menjual makanan kepada golongan tidak berpuasa.

Menerusi video tersebut lelaki yang dipercayai merupakan salah seorang anggota Majlis Daerah Bachok, Kelantan sedang melakukan operasi pada Ramadan keempat sambil memberi amaran kepada orang ramai agar tidak culas dalam menjalankan tanggungjawab untuk berpuasa.

Malah sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan undang-undang dan denda RM2,000 hingga RM3,000 atau penjara.

@abemadzainudin83 MEMBURU GENG YAK YAK YEAY #puasa #kelantan #bachok #pelastik ♬ original sound – Abemad

Tunjuk tempat penyediaan makanan kotor & bersepah

Dalam beberapa lagi video yang dimuat naik oleh Abe Mad, dia turut menunjukkan tempat penyediaan makanan disediakan dalam keadaan yang bersepah-sepah dengan barangan dan kotor.

@abemadzainudin83

♬ Victory (Cover Two Steps From Hell) – 马总

Tidak cukup dengan itu, peniaga berkenaan turut menyimpan satu tong bungkusan air teh ‘o’ ais yang diletakkan di dalam bilik yang penuh dengan pakaian.

“Okay ini salah satu rumah yang diserbu, mari lihat dalam bilik (sambil mengangkat satu tong air bungkusan).

“Ha ni, nampak teh o beng (ais) ni dah siap bungkus, tunggu awak (yang tak berpuasa) datang untuk bayar je ada yang dah siap buat, ada yang belum siap lagi,” katanya sambil memaklumkan pelaku masih belum dijumpai kerana sempat melarikan diri.

@abemadzainudin83 Part. 1. edisi tea o beng mutuh bekal kerana hak jong jual tumpas. #pelastik #bachok #kelantan #teaobeng #geng ♬ Motivation & Inspiration – Alec Koff

Simpan ayam goreng & nasi dalam mesin basuh di dalam tandas

Apa yang lebih meloyakan, lelaki itu turut menunjukkan nasi berlauk dan ayam goreng yang baru dimasak turut disimpan di dalam mesin basuh yang diletakkan di dalam bilik air.

Menurutnya, bilik air itu digunakan oleh peniaga tersebut untuk menyimpan makanan selain turut menunjukkan sebesen ayam mentah yang masih belum digoreng berhadapan dengan mangkuk tandas.

“Okay ini bilik air tempat dia simpan makanan. Ha ini ayam (mentah) dan ini mangkuk tandas.

“Di dalam mesin basuh ada nasi, ayam goreng dan juga stokin,” katanya lagi.

@abemadzainudin83 Part.2 ni bahagian sorok makanan dalam tandas pula. Nasi yg dijual khas kepada puak2 yak yak yea. Ttala habis sep dia hati ni. #geng #kelantan #bachok #nasi #ayamgoreng #tandas #jambe ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Menerusi tinjauan kami di Facebook Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan, Islam (MDBBPI) agenesi tersebut turut berkongsi beberapa gambar hasil dari Operasi Patuh Syariah dan Pemantauan Premis Perniagaan Kedai Makan Sepanjang Ramadan yang dilakukan pada 26 Mac dengan kerjasama Pejabat Agama Jajahan Bachok (PAJ).

“OPS ini melibatkan penguatkuasaan terhadap kesalahan di bawah Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Bil 1/2019 Negeri Kelantan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.