Setiap kali tibanya bulan Ramadan, umat Islam pasti tidak sabar untuk membeli atau memasak juadah berbuka setelah seharian penat berpuasa.
Tidak hanya itu, segelintir individu juga sering memuat naik hidangan juadah berbuka di laman media sosial buat perkongsian pada rakan-rakan mahupun ahli keluarga.
Pun begitu, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salin Wan Mohd. menyifatkan tindakan umat Islam memuat naik gambar-gambar makanan, minuman atau individu sedang menikmati juadah dalam media sosial sebelum masuk waktu berbuka puasa adalah berdosa.
Menurut Wan Salim, perbuat itu dilihat mempunyai tujuan tertentu iaitu cuba menggalakan umat Islam yang lain agar meninggalkan kewajipan berpuasa.
Jelasnya, pengguna laman media sosial seharusnya mendorong umat Islam menunaikan ibadah puasa dengan perkongsian ilmu manfaat serta kebaikan yang boleh diperolehi di bulan penuh barakah ini.
“Perbuatan individu itu (memuat naik gambar makanan) tidak membatalkan puasa cuma bergantung kepada tujuan sebenarnya. Hukum bagi individu yang melakukan perkara sedemikian iaitu dengan ‘melayur’ gambar makanan kepada orang lain adalah berdosa kerana dia seolah-olah mendorong orang lain meninggalkan puasa.
“Saya menasihatkan supaya umat Islam menghentikan perbuatan yang menggalakkan orang lain berbuat dosa melalui gambar-gambar makanan yang dimuat naik di media sosial sebelum tiba waktu berbuka,” katanya kepada Kosmo Jumaat lalu (24 Mac).
Menurutnya lagi, puasa di bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam yang wajib dilakukan oleh setiap individu Muslim yang sudah akil baligh dan memenuhi syarat lain yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.
“Lantaran itu, ibadah ini tidak boleh diremehkan atau dipandang ringan oleh seorang yang mengaku sebagai penganut agama Islam yang suci. Ini termasuklah perbuatan membuka restoran, menjual atau menyediakan makanan serta minuman pada siang hari Ramadan untuk orang Islam yang diwajibkan ke atasnya berpuasa.
“Sesiapa yang berbuat demikian maka hukumnya juga berdosa sebab ia dikira membantu seseorang melakukan perkara mungkar atau maksiat, sedangkan bantu-membantu melakukan dosa dilarang di dalam agama Islam.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak penguat kuasa agama Islam negeri-negeri supaya memantau setiap restoran di sepanjang bulan Ramadan serta mengambil tindakan tegas ke atas premis yang menyediakan makanan dan minuman kepada umat Islam yang degil tidak berpuasa.
Tegas UAI lagi, antara ulama yang turut mengamal dan menyebar hadis daif adalah Imam Bukhari,…
Menurut BDS Malaysia, David Foster sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera rejim Zionis…
Selebriti dan pempengaruh Malaysia - Sasha Abdul Aziz, Sherry Alhadad, Afifah Nasir, dan Bella Astillah…
Dalam pada itu jurucakap Genting Malaysia mengesahkan insiden berlaku di pusat beli-belah Genting Sky Avenue…
Sebuah syarikat F&B telah mempromosikan salah satu produk mereka iaitu kentang goreng di laman X…
Alasan yang diberikan oleh kanak-kanak berkenaan apabila disoal mengapa dia tidak menyiapkan kerja sekolahnya membuatkan…