fbpx
Now Reading
“Mashallah Uniknya”- Laungan Azan Versi Hawaii Tarik Perhatian Ramai [Video]
Lelaki hawaii azan tarik perhatian

“Mashallah Uniknya”- Laungan Azan Versi Hawaii Tarik Perhatian Ramai [Video]

Azan yang dilaungan oleh lelaki tersebut kedengaran sangat merdu dan penuh penghayatan selain unik dengan cara yang tersendiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui penganut agama Islam berada di seluruh pelusuk dunia dan seruan azan yang berkumandang adalah untuk memanggil semua umat untuk menunaikan solat.

Namun azan yang dilaungkan oleh setiap negara mungkin sedikit berbeza dan perkara ini mungkin disebabkan bahasa serta gaya hidup yang diamalkan oleh sesebuah kelompok.

Sebagai contoh di China dan Jepun jika didengari laungan azan mereka mungkin sedikit berbeza dari segi sebutannya namun ia tetap mempunyai matlamat yang sama iaitu mengajak orang ramai untuk mendirikan solat.

Lelaki Hawaii laung azan tarik perhatian.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh seorang individu memaparkan seorang lelaki dipercayai dari kepulauan Hawaii sedang melaungkan azan dengan penuh unik.

Apa yang menjadi perhatian, azan yang dilaungkan kedengaran sedikit berbeza dengan kebiasaannya apabila ia seperti mempunyai rentak lagu yang sering dinyanyikan oleh kaum Hawai.

Ruangan saf dipenuhi dengan jemaah

Tetapi keunikan itu langsung tidak memberikan halangan malah dapat dilihat setiap ruangan saf dipenuhi oleh para jemaah.

Bahkan azan yang dilaungkan oleh lelaki Hawai berkenaan penuh dengan penghayatan dan ketegasannya dalam mengajak orang ramai untuk menunaikan solat.

Penghayatannya itu juga dapat dilihat dari gerak tubuhnya yang bersungguh-sungguh semasa melaungkan azan.

@encik.mastermind

Azan versi Hawai. Semoga Allah terima azan yang sangat cantik ini

♬ سبحان الله – Ali Dawud

Melihat di ruangan komen, ada yang pertama kali mendengar laungan azan versi tersebut dan memuji ia merdu.

Tidak kurang ada yang menyatakan irama azan itu seperti lagu yang didengar oleh mereka di dalam filem animasi Moana yang diterbitkan Walt Disney Animation Studios pada tahun 2016.

“Pertama kali dengar, weh sedapnya”

“Mashallah uniknya. Aku ada terfikir, ada ke azan selain daripada azan negara Arab. Rupanya ada”

“Subhaallah tinggi penghayatan beliau, matlamatnya sampai iaitu mengajak orang mendirikan solat”

“Macam irama lagu Moana”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.