fbpx
Now Reading
“Tak Sangka Dia Boleh Undur Balik” – Ramai Puji Tindakan Dua Pemandu Saling Membantu Ketika Bayar Tol [Video]
dua pemandu dipuji saling bantu-membantu

“Tak Sangka Dia Boleh Undur Balik” – Ramai Puji Tindakan Dua Pemandu Saling Membantu Ketika Bayar Tol [Video]

Tindakan kereta kancil yang mengundur selepas melepasi palang untuk membantu kenderaan di belakangnya itu membuatkan pemandu tersebut berasa terharu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kita semua pasti pernah berdepan situasi gagal membuat membuat bayaran ketika melalui laluan Touch ‘n Go (TnG) di plaza tol.

Keadaan ini boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor contohnya kad tidak dapat dibaca, baki dalam kad kurang atau masalah teknikal seperti sensor rosak.

Namun situasi sebegini pastinya menimbulkan kesesakan lebih-lebih lagi jika banyak kenderaan lain di belakang yang sudah beratur untuk menunggu giliran mereka untuk membuat bayaran.

Dua pemandu curi perhatian apabila sanggup tolong bayarkan tol

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh Rosnizam Samsu memaparkan dua buah kenderaan yang saling membantu antara satu sama lain ketika melalui sebuah tol untuk membuat bayaran.

Menerusi video yang dikongsikan kelihatan sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil sedang cuba membuat pembayaran dengan menyentuh kad TnG sebanyak tiga kali di sensor namun gagal.

Dia kemudian cuba untuk mengundurkan kenderaannya mungkin mahu mengubah ke laluan tol yang lain untuk memudahkan urusannya.

Pemandu segera keluar tolong bayar tol kereta kancil

Tetapi apa yang mengejutkan, pemandu kenderaan di bahagian belakang dengan segera keluar dari kereta dan menyentuh kad TnG miliknya agar palang boleh dibuka.

Sebaik sahaja bayaran diterima, kereta Kancil itu lalu terus berjalan ke depan sebelum mengundur untuk membantu semula kenderaan di belakangnya dengan menyentuh kad TnG kepunyaannya pula.

Perkara itu dilakukan pemandu Kancil tersebut kerana kad TnG tidak boleh dibaca lebih dari dua kali dalam satu masa yang dekat.

Pemandu rasa terharu dengan tindakan kereta Kancil

Tindakan yang dilakukan oleh individu itu membuatkan pemandu di belakangnya berasa terharu.

“Saya rasa terharu dengan bantuannya,” kata pemandu itu.

@rosnizam09

What you give… you get back..👍😄

♬ Aesthetic – Tollan Kim

Melihat di ruangan komen ramai yang memuji tindakan dua pemandu itu kerana mereka saling membantu antara satu sama lain. Meskipun sudah melepasi palang tetapi kereta kancil itu tetap berhenti bagi memudahkan urusan kenderaan di belakangnya.

“Dah lah baik, bijak pula tu. Berhenti jauh sikit untuk beri laluan kadar segera”

“Terbaik, tak sangka dia boleh undur balik”

“Alhamdulillah tolong-menolong amalan mulia.. terbaik rakyat Malaysia”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.