fbpx
Now Reading
Pelajar Menangis Sebab Tiada Kawan Di Sekolah Kerana Tidak Fasih Berbahasa Melayu [Video]

Pelajar Menangis Sebab Tiada Kawan Di Sekolah Kerana Tidak Fasih Berbahasa Melayu [Video]

Tujuan ibunya memuat naik video tersebut adalah untuk memberi pengajaran kepada ibu bapa tentang betapa pentingnya mengajar anak bahasa Melayu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai ibu bapa, melihat anak kecil memasuki alam persekolahan adalah antara momen penting yang sukar dilupakan.

Manakan tidak, setiap kali murid-murid ini memasuki sekolah pada awal tahun, pelbagai ragam dan karenah menghiburkan yang terjadi.

Pelajar menangis sebab tiada kawan di sekolah

Pun begitu, lain pula cerita dengan seorang kanak-kanak perempuan ini apabila tular di media sosial dia pulang ke sekolah dengan penuh tangisan kerana tidak mempunyai kawan semasa di sekolah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @hwnamasaya, kelihatan pelajar sekolah rendah itu pada awalnya mengukir senyuman semasa ingin ke sekolah.

“Awal pagi tadi happy sangat, semangat nak sekolah. Balik petang nangis tersedu-sedu,” tulisnya menerusi video itu.

Tiada yang ingin berkawan sebab tidak fasih bahasa melayu

Namun menurut pemilik video yang juga ibu kepada pelajar itu, anaknya menangis kerana tidak mempunyai kawan di sekolah kerana hanya fasih bercakap dalam bahasa Inggeris dan bukannya bahasa Melayu.

Pada masa yang sama, melihat tangisan anaknya yang tersesak-esak menyebabkan wanita tersebut terkedu.

Tujuan muat naik video untuk beri pengajaran pada ibu bapa

Bagaimanapun, menerusi satu lagi hantaran video berasingan, wanita terbabit menjelaskan tujuannya memuat naik video itu bukanlah untuk berbangga, sebaliknya bagi memberi pengajaran kepada ibu bapa tentang betapa pentingnya mengajar anak bahasa Melayu.

@hwnamasaya Replying to @jajaz_.zz Pilu sngt😭 Doakan kami moga Tabah.#fypシ #anak #bersalah ♬ original sound – Farahani

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan semangat kepada wanita itu dan anaknya dengan mengatakan suatu hari nanti pelajar tersebut pasti mahir bertutur dalam bahasa Melayu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.