fbpx
Now Reading
Siap Beli iPhone 13 Pro Max! Pasangan Didakwa Tipu Pesara, Tukar Kad ATM & Berjoli RM46,000
Individu joli sakan guna duit pesara siap beli iphone

Siap Beli iPhone 13 Pro Max! Pasangan Didakwa Tipu Pesara, Tukar Kad ATM & Berjoli RM46,000

Menerusi rakaman CCTV turut kelihatan individu tersebut memasukkan nombor pin kod ketika membuat pembayaran di sebuah kedai telekomunikasi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Saban hari ada sahaja kes mengenai mangsa yang terpedaya dengan isu scam.

Malah si pelaku juga turut mempunyai pelbagai taktik agar mangsa terus terpedaya dengan tipu helah mereka.

Baru-baru ini, tular di Twitter kisah seorang lelaki warga emas yang kehilangan kad bank pada 25 Mac lalu.

Menerusi ciapan @paizmuhdd, warga emas berusia 62 tahun itu tidak menyedari kehilangan kad bank tersebut dan tidak mengetahui bahawa kad yang berada dalam simpanananya adalah palsu.

Menurut laporan polis, dalam kejadian yang berlaku jam 10 pagi, 25 Mac itu mangsa berada di sebuah bank di Banting untuk mengeluarkan wang.

Kad bank tersekat sebelum dibantu seorang lelaki

Namun kad bank miliknya tersekat ketika ia dimasukkan ke dalam mesin ATM sebelum dibantu oleh seorang lelaki yang berada di belakangnya.

Lelaki itu bagaimanapun dipercayai mempunyai niat yang tidak baik apabila dia didakwa bertindak menukar kad mangsa dengan kad palsu tanpa disedari oleh warga emas berkenaan.

Warga emas itu kemudian telah pergi ke beberapa bank untuk mengeluarkan wang miliknya namun usahanya itu menemui jalan gagal. Dia kemudian datang ke BSN cawangan Banting untuk membuat pemeriksaan pada 27 Mac dan pihak bank memaklumkan wangnya telah dikeluarkan.

Terdapat beberapa transaksi yang dilakukan oleh individu berkenaan bermula 25 Mac hingga 27 Mac yang berjumlah RM46,000.

Buat transaksi atas talian beli iPhone13 Pro Max

Apa yang lebih memeranjatkan, anak lelaki kepada warga emas itu turut mendapati individu terbabit membuat transaksi dalam talian sebanyak RM3,700 dipercayai untuk membeli sebuah telefon bimbit jenama iPhone 13 Pro Max di sebuah kedai telekomunikasi di Klang, Selangor.

Warga emas dikenali sebagai Baharudin kemudian membuat laporan polis pada 27 Mac dan 28 Mac selain meminta agar diberikan kebenaran untuk melihat rakaman CCTV dari bank dan kedai telekomunikasi tersebut.

Foto: Twitter

Menerusi rakaman CCTV yang dikongsikan kelihatan pasangan suami isteri bersama seorang kanak-kanak sedang membeli telefon bimbit di kedai berkenaan. Malah lelaki berbaju hitam itu turut dilihat memasukkan nombor pin kad sebelum isterinya mengambil kad dan resit berkenaan.

https://twitter.com/paizmuhdd/status/1640713888248500225?s=20

Melihat di ruangan balas ramai yang mengecam tindakan lelaki tersebut dan menyatakan ia satu teknik penipuan yang sudah lama dipraktikkan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.