“Muzik Sedap, Lirik Penuh Makna..” – Lagu Suria FM Sempena Ramadan Buat Ramai Tersentuh [MV]
Rata-rata memuji lagu ‘Ilusi Fatamorgana’ nyanyian penyampai Morning Morning Suria iaitu Ajak Shiro, Shuib Sepahtu dan Suraya yang disifatkan memberi keinsafan dan menusuk kalbu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Stesen radio, Suria FM baru-baru ini dengan kerjasama label muzik Nova telah menghasilkan sebuah lagu khas sempena Ramadan berjudul ‘Ilusi Fatamorgana’ nyanyian penyampai Morning Morning Suria, Ajak Shiro, Shuib Sepahtu dan Suraya.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih popular dengan panggilan DJ Lin, lagu tersebut menyampaikan mesej mengenai insan yang sedang berusaha mencari kehidupan sebenar di sebalik kegelapan.
Jelasnya lagi, karya ciptaan Adi Pawana, Rudy Nastia dan Farez Asmadi tersebut sangat sesuai didengari oleh semua lapisan masyarakat.
“Kami di Suria FM amat berharap pesanan yang disampaikan menerusi lagu berunsur kehidupan dan kemanusiaan ini diterima baik oleh semua pendengar khususnya seluruh umat Islam yang kini sedang menyambut Ramadan,” ujar DJ Lin.
Yang menariknya tidak sampai dua hari Video Muzik (MV) lagu berkenaan dimuat naik di YouTube, ianya sudah menarik perhatian ramai rakyat Malaysia.
Ini kerana lirik lagu berkenaan yang begitu mendalam hingga menimbulkan keinsafan para pendengar.
Malah ada yang memuji lirik, susunan muzik dan kelunakan suara ketiga-tiga penyampai radio berkenaan kerana berjaya menyentuh hati mereka.
Muzik Video
Lirik lagu Ilusi Fatamorgana
Komposer : Adi Pawana / Rudy Nastia & Farez Asmadi
Penulis Lirik : Adi Pawana
Perjalanan hilang cahaya menuju ke titian
Mengharap sinar kembali bergemerlapan
Tercari-cari hala dan arah tujuan
Ini bukan ilusi, benar-benar depresi
Lara duka nestapa menggegar diri
Luka makin melebar tiada daya berlari
Jiwaku rasa ingin mati
Tertanya oh di mana ketenangan ku seru
Lelah tercari-cari tapi palsu keliru
Bagai fatamorgana hanya hilang menipu
Rupanya di sebalik sejadah berdebu
Berkisah di atasnya hanya pada yang satu
Menangis sepuasnya itu tidak mengapa
Luahkan rasa gundah hilangkan rasa pilu
Bisikan makar jangan dibiar bertakhta
Oh Tuhan ku tak berdaya
Tanpa kasih sayang ku buta
Pimpin arah jalan cinta
Luka makin melebar tiada daya berlari
Jiwaku rasa ingin mati
Tertanya oh di mana ketenangan ku seru
Lelah tercari-cari tapi palsu keliru
Bagai fatamorgana hanya hilang menipu
Rupanya di sebalik sejadah berdebu
Berkisah di atasnya hanya pada yang satu
Menangis sepuasnya itu tidak mengapa
Luahkan rasa gundah hilangkan rasa pilu
Bisikan makar jangan dibiar bertakhta
Luahkan rasa gundah hilangkan rasa pilu
Bisikan makar jangan dibiar bertakhta