fbpx
Now Reading
Polis Siasat Video Tular Anggota Terima Duit Dari Orang Awam

Polis Siasat Video Tular Anggota Terima Duit Dari Orang Awam

Siasatan akan dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan bagi mengenal pasti sekiranya terdapat salah laku oleh anggota polis berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video rakaman seorang anggota polis yang didakwa menerima barangan berupa duit daripada orang awam.

Dalam video tersebut, salah seorang orang awam yang berada di kawasan berkenaan dilihat menghulurkan sesuatu barangan kepada salah seorang anggota polis sebelum kedua-dua anggota terbabit beredar.

Penularan video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dari orang ramai hingga ada yang mempersoalkan kewibawaan sesetengah anggota polis.

Susulan video tular itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan yang dipercayai berlaku di Sandakan, Sabah.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima maklumat mengenai video tular itu.

Bahagia Integriti dan Pematuhan Standard akan jalankan siasatan

Menurutnya, Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada terdapat salah laku oleh anggota berkenaan atau sebaliknya.

“Sekiranya ada bukti, pihak polis tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas kepada anggota terlibat dan pihak pemberi,” katanya dalam satu kenyataan semalam (29 Mac).

Pada masa yang sama, beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan, ASP Mohammed Noor Zaid Zainuddin di talian 013-3811239.

Tular di media sosial anggota polis terima duit dari orang awam

Terdahulu, tular di media sosial dua anggota polis dan dua orang awam sedang berdiri di kaki lima berhadapan sebuah kedai.

Penularan video tersebut disifatkan netizen sebagai mencemarkan imej pihak berkuasa Malaysia dan seharusnya ditangani bagi mengelakkan gejala rasuah terus berleluasa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.