“Tak Hormat Bulan Puasa!” – Teaser MV Raya Baharu Aliff Syukri Teruk Dikecam [Video]
Berdasarkan video tersebut, kelihatan beberapa penari lelaki menari terkinja-kinja dan penuh liuk lentok sama seperti MV sebelum ini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tahun lalu, Muzik Video (MV) lagu raya oleh usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang berjudul ‘Kelepok Raya’ teruk dikecam oleh orang ramai.
Hal ini kerana tarian yang dipersembahkan dalam MV terbabit dilihat kurang sesuai untuk dijadikan tontonan umum lebih-lebih lagi ia berkaitan dengan Hari Raya Aidilfitri iaitu hari kemenangan umat Islam.
Tular MV raya baru Aliff Syukri
Terkini, tular pula video klip teaser dipercayai MV lagu raya terbaharu Aliff Syukri ‘Cak Cun Cak Raya’ hingga mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram Aliff Syukri, kelihatan usahawan tersebut bersama beberapa penari lelaki dilihat mengenakan ‘baju Melayu’ ketat seperti baju renang bersama songkok dan sampin.
Lelaki menari penuh liuk lentok & terkinja-kinja seperti MV sebelum ini
Tidak hanya itu, beberapa penari lelaki yang berada di belakang Aliff Syukri juga kelihatan menari terkinja-kinja dan penuh liuk lentok sama seperti MV sebelum ini.
“Beri laluan lagu raya No 1 trending empat tahun berturut-turut ‘Cak Cun Cak Raya’. Semoga dengan lagu raya ini memberi sinar kebahagian kepada anda semua untuk menyambut hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi,” tulis Aliff Syukri di bahagian kapsyen.
Ramai kritik dan kecam teaser MV raya baharu itu
Perkongsian video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dari orang ramai di mana rata-rata dilihat mengkritik dan mengecam beliau kerana menghasilkan video berkenaan.
Ada yang merasakan Aliff seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang apabila memakai baju Melayu ketat tersebut yang seakan menyerupai baju renang.
Namun ada juga yang merasakan ia hanyalah satu taktik marketing dan menggangap ianya satu perkara yang melucukan.
Tidak kurang juga yang menyifatkan kombinasi penari bersama Aliff Syukri seperti watak superhero, Power Rangers.
Video tersebut turut mendapat perhatian Wak Doyok dan pereka fesyen terkenal, Jimmy Couture yang dilihat kurang senang dengan penggunan ‘baju Melayu’ sebegitu rupa.
“Siapa lagi nak pertahankan budaya kita?” – Jimmy Couture
“Ingat Datuk peristiwa 2022 SKMM jangan diulang” – Wak Doyok
Tak menghormati bulan puasa
Kecoh MV lagu Kelepok Raya, sampai Menteri Agama terdahulu pun kecam
Terdahulu, kecoh di media sosial Aliff Syukri memuat naik muzik video (MV) lagu rayanya yang berjudul Kelepok Raya.
Bukan sahaja dikecam oleh netizen dan juga ibunya sendiri, Bonda Rozita Ibrahim, Malah ia turut diselar oleh Menteri Agama pada waktu itu, Datuk Idris Ahmad.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: