fbpx
Now Reading
Muat Naik Teaser MV Raya, PU Syed Minta Aliff Syukri Hormati Bulan Ramadan [Video]
PU Syed tegur Aliff Syukri

Muat Naik Teaser MV Raya, PU Syed Minta Aliff Syukri Hormati Bulan Ramadan [Video]

Meskipun memuji suara Aliff Syukri sedap, PU Syed menyifatkan muzik video itu sebagai ‘gedik’ dan tidak bersesuaian untuk Hari Raya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi bualan ramai selepas memuat naik teaser muzik video (MV) lagu baharunya iaitu ‘Cak Cun Cak Raya’ di Instagram.

Menerusi video yang dikongsikan kelihatan Aliff bersama beberapa orang penari latar di belakangnya sedang menari dengan memakai pakaian seperti baju Melayu yang ketat bersama songkok dan sampin.

Video itu bagaimanapun telah mendapat reaksi yang negatif di kalangan netizen apabila ramai mengkritik dan mengecam video yang dimuat naik oleh usahawan terbabit kerana tidak bersesuaian dengan bulan Ramadan dan Hari Raya.

Baca artikel berkaitan: “Tak Hormat Bulan Puasa!” – Teaser MV Raya Baharu Aliff Syukri Teruk Dikecam [Video]

Kurang senang dengan MV Aliff, PU Syed tampil buat teguran

Mungkin kurang senang dengan MV tersebut, PU Syed kemudian tampil menegur Aliff Syukri menerusi satu video di TikTok dan meminta agar usahawan tersebut menghormati bulan Ramadan.

Dia turut menyifatkan penampilan usahawan berkenaan di dalam video bersama penari latar itu sebagai gedik selain menyatakan ia sangat tidak bersesuaian untuk menyambut Hari Raya.

“Kepada Datuk Seri Aliff Syukri kita berada di bulan Ramadan iaitu bulan yang penuh dengan keabdian kepada Allah SWT.

“Justeru itu saya rasa dengan video klip lagu Datuk Seri yang tergedik-gedik dengan penari latar yang berada di belakang itu sangat tidak sesuailah.

“Sebab kita nak sambut hari raya nanti, kita nak sambut kemenangan kita melawan hawa nafsu bukan sebab kita ikut hawa nafsu. Kita melawan hawa nafsu, kita sambut kemenangan ini dengan takbir, tahmid kepada Allah SWT,” ujarnya.

Puji suara sedap & bakat, minta diubah kepada penyampaian yang lebih baik

Dia dalam masa sama turut memuji usahawan itu mempunyai suara yang sedap meskipun ada yang berpendapat sebaliknya serta merasakan Aliff mempunyai bakat dan keyakinan diri

“Saya tahu suara Datuk Seri sedap walaupun mungkin ada yang kata tak sedap. Tapi saya rasa sedaplah, ada bakat dan ada keyakinan diri yang penuh.

“Tetapi dengan gaya penyampaian tersebut, gaya nyanyian atau pun gaya tarian itu sangat tidak sesuai. Ubahlah, tak perlu menari pun tak apa nyanyi begitu pun sudah cukup.”

@pu_syedofficial

Hormati bulan Ramadan DS Alif Syukri

♬ original sound – PU Syed – PU Syed

Menjengah ke ruangan komen ramai yang bersetuju dan berterima kasih kepada PU Syed atas teguran baik yang diberikan kepada usahawan terbabit.

“Dia bukan peduli apa kata orang.. Dah post pun dekat Facebook video muzik Raya Power Rangers dia”

“Betul sangat ustaz”

“Saya sokong”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.