Video Mat Kilau ‘Inspired’ Lakonan Beto Kusyairy Raih Pujian Ramai, Seakan Filem Sebenar [Video]
Video Mat Kilau ‘inspired’ yang dihasilkan khas untuk pelancaran Baju Melayu Bulan Bintang Teluk Belanga telah mendapat 132 ribu jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap kali menjelangnya bulan Ramadan, jenama pakaian yang menjual Baju Melayu pasti akan menjadi tumpuan umat Islam yang bakal menyambut hari raya.
Seperti baru-baru ini, jenama pakaian terkenal, Bulan Bintang menjadi bualan hangat apabila pertunjukan fesyen ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ yang berlangsung pada 18 Februari lalu dikatakan sangat luar biasa.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Fashion Show Jenama Bulan Bintang Catat ‘Malaysia Book of Records’, Telan RM2 Juta Untuk 350 Dron
Tidak hanya itu, penampilan Beto Kusyairy di atas pentas juga berjaya mencuri perhatian ramai apabila tampil segak bergaya dengan memakai Baju Melayu Teluk Belanga selain turut membuka sedikit buah silat.
Video pelancaran Baju Melayu Teluk Belanga ala-ala filem Mat Kilau
Terbaharu, jenama Bulan Bintang dan Beto sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila tampil dengan video pelancaran Baju Melayu Teluk Belangan ala-ala filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh pengasasnya iaitu Azzim Zahid Azmi di laman Twitter @meripergibulat, dia pada awalnya hanya berbual kosong bersama rakannya mengenai idea pembikinan video ini.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas Jenama Bulan Bintang Pernah Jual Di Uptown. Ini Kisah Unik Dari Azzim Zahid Azmi
“Idea asal video ni bermula dengan aku main-main ja cakap dengan member (kawan), jom buat video Mat Kilau-inspired untuk launch Bulan Bintang Teluk Belanga,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Video berdurasi 3.30 minit itu mendapat lebih 5 ribu tanda suka dan 132 ribu jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
Orang ramai puji video pelancaran Baju Melayu Teluk Belanga, seakan filem sebenar
Pada masa sama, rata-rata pengguna Twitter juga memuji video pelancaran Bulan Bintang Teluk Belanga itu kerana kualiti sinematografi dan koreografinya yang kelihatan seakan-akan filem sebenar.
Menerusi pemerhatian kami, kualiti audionya juga begitu memuaskan dan mengikuti standard penyiaran di Malaysia.
Selain itu, segelintir netizen juga berseloroh dengan mengatakan ‘camerawork’ bagi video ini adalah lebih baik daripada filem asal.
Kenapa camerawork lagi lawa daripada the actual film? 😅😂
— Elle Fara (@elle_fara) March 30, 2023
perghhh..mantap @meripergibulat ..lain maciam dia punya promot..igtkan mat kilau tu meri yg pgang watak..”encik boleh bayar pakai kad?”🤣🤣yg ni kelakar
— mz02_ (@LeoStar_02) March 30, 2023
Kelebihan bila guna artis berbakat sebagai duta baju, buat iklan boleh guna fia an semua action nmpk real. Iklan jadi top tier. Kudos bro
— SkyLotus (@sakiom1012) March 30, 2023
Beto punya performance x pernah mengecewakan
— @Edogawa conan@ (@Yus_pisces94) March 31, 2023