fbpx
Now Reading
Didakwa Tuduh Khairul Aming Punca Masalah Kesihatan Rakyat Malaysia, Dr Rafidah Perjelas Hal Sebenar

Didakwa Tuduh Khairul Aming Punca Masalah Kesihatan Rakyat Malaysia, Dr Rafidah Perjelas Hal Sebenar

Rafidah turut tampil memohon maaf kerana ada netizen yang terkeliru dengan ciapan terdahulunya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam, (2 April) media sosial hangat memperkatakan mengenai teguran secara terbuka yang dilakukan pakar kesihatan, Dr Rafidah Abdullah terhadap influencer dan usahawan, Khairul Aming di Twitter.

Menerusi ciapan tersebut, Rafidah meminta Khairul Aming agar mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan sebaliknya memperbanyakkan resepi masakan yang sihat.

Namun ciapan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi apabila segelintir mendakwa Rafidah seolah-olah menuduh Khairul Aming tidak mengutamakan kesihatan dalam masakan.

Menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka, Khairul Aming (KA) atau nama betulnya Khairul Amin Kamarulzaman kemudiannya menjelaskan topik ini sebenarnya patut dilihat dari dua perspektif iaitu dari suduny pandang seorang pereka kandungan dan juga dari perspektif individu yang ingin mengurangkan berat badan.

Jelas KA, kaedah yang ditunjukkan dalam video masakan tersebut adalah realiti sebenar cara penyediaan sesuatu makanan. Sekiranya diubah resepinya, ia akan menjadi tidak sedap.

Penjelasan KA yang penuh santai dan profesional membuatkan ramai memuji dirinya, namun di sebalik komen-komen tersebut masih ada yang terus menghentam Rafidah.

Baca artikel berkaitan: [Video] Diselar Guna Minyak Banyak Untuk Resepi Sambal, Khairul Aming Tampil Beri Respon Padu

Rafidah tampil mohon maaf dan perjelas hal sebenar

Peka dengan isu tersebut, Rafidah kemudiannya tampil memohon maaf kepada di atas kekeliruan berhubung teguran yang diberikannnya.

Rafidah bagaimanapun menjelaskan beliau tidak menuduh Khairul Aming sebagai punca kemerosotan masalah kesihatan rakyat di Malaysia. Sebaliknya isu kesihatan adalah tanggungjawab setiap individu itu sendiri.

Jelasnya, dua ayat terakhir pada ciapannya sebelum ini sepatutnya diasingkan dan diletakkan pada para berbeza.

Ayat yang dimaksudkan adalah “Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malayisa. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk negara makin merundum.”

Tambahnya lagi, dia perlu memberikan pendapat dari sudut kesihatan memandangkan beliau seorang pakar perubatab.

“Tapi saya perlu memberi pendapat professional saya tentang apa yang saya lihat. Alhamdulillah sekarang ramai dah sedar sambal sangat banyak kalori. Nak makan, makan secubit dua sudah memadai. Terima kasih,” tulis Dr Rafidah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.