fbpx
Now Reading
Tomok Terpaksa Bayar Ganti Rugi RM5,593 Selepas Anak Terkotorkan Pakaian Di Butik Jenama Mewah [Video]

Tomok Terpaksa Bayar Ganti Rugi RM5,593 Selepas Anak Terkotorkan Pakaian Di Butik Jenama Mewah [Video]

Menurut Tomok, dia tidak dibenarkan keluar daripada butik berkenaan selagi belum membayar jumlah ganti rugi berjumlah RM5,593.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Membeli belah atau berjalan-jalan bersama keluarga pasti merupakan antara momen yang menyeronokkan kerana dapat meluangkan waktu bersama.

Namun bagi yang mempunyai anak kecil pula, pasti mempunyai cabaran untuk mengawasi pergerakan dan tingkah laku si kecil semasa di luar.

Terpaksa tanggung kos ganti rugi besar, anak terkotorkan baju dan seluar jenama mewah

Seperti baru-baru ini, dugaan di bulan Ramadan menimpa penyanyi Tomok apabila terpaksa membayar ganti rugi yang besar selepas anaknya secara tidak sengaja mengotorkan baju dan seluar di sebuah butik pakaian jenama mewah.

Menerusi hantaran di laman TikTok miliknya, Tomok atau atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail berkata kejadian tersebut berlaku ketika dia bersama keluarganya berada di sebuah ‘shopping mall’ untuk berbuka puasa.

Pengilat kuku tertumpah pada seluar dan baju

Bagaimanapun, ketika mereka sekeluarga singgah di sebuah kedai jenama mewah untuk membeli seluar, anaknya telah tertumpahkan cecair dipercayai pengilat kuku ke atas beberapa helai seluar dan baju.

“Suatu kejadian yang berlaku tadi, anak saya dah tumpahkan ‘Cutex’ (pengilat kuku) dekat baju dan juga seluar. Seluar berharga RM1299 dan ia kena bukan pada sehelai tapi empat helai seluar dan baju berharga RM499 dan RM899.”

Tomok perlu bayar ganti rugi RM5,593 selepas diberi diskaun

Menurut Tomok, dia tidak dibenarkan keluar dari butik berkenaan dan perlu membayar ganti rugi terhadap pakaian yang sudah kotor itu dengan jumlah keseluruhan RM5,593 selepas diskaun.

@tomoknewboyz

tolong saya guys 🙏🏽

♬ original sound – TOMOK

“Jadi saya nak jual lah seluar ni, takpa saya akan beli tapi saya akan jual balik sebab seluar ni bukan saiz saya.

“Pengilat kuku dia kena sikit je, tapi saya faham ini peraturan kedai dan ini memang salah saya.

Di akhir perkongsian, Tomok beranggapan apa yang berlaku kepada dirinya hanyalah ujian daripada Allah S.W.T di bulan yang mulia ini.

Difahamkan setakat ini usahawan Anas Zahrin sudah pun mengesahkan bahawa dia akan membeli sehelai seluar dan baju tersebut dari Tomok.

“Alhamdulillah, berjaya lock satu seluar dan satu baju. Jumpa kejap lagi bang,” tulis Anas di bahagian komen.

Sudah sold out

Namun menerusi semakan kami di Instagram, kesemua barangan tersebut sudah pun berjaya dijual oleh Tomok.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.