fbpx
Now Reading
“Saya Sedar Saya Orang Biasa” – Bekas Isteri Sam Bunkface

“Saya Sedar Saya Orang Biasa” – Bekas Isteri Sam Bunkface

Aida Azira Hussin enggan isu rumah tangganya terus dipanjangkan dan mahu segala urusan diselesaikan di mahkamah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami


Bekas isteri Sam Bunkface, Aida Azira Hussin enggan isu rumah tangganya terus dipanjangkan dan mahu segala urusan diselesaikan di mahkamah.

Menurut Aida, dia sedar dia bukanlah seorang figura umum dan tidak mahu lagi memberikan sebarang komen berhubung rumah tangganya termasuk dakwaan yang dilemparkan oleh Sam kepadanya.

“Saya rasa saya tak nak komen apa-apa dah. Saya sedar saya orang biasa, saya tak ada pengaruh. Bagi saya, sekarang ini tak perlu untuk saya dedahkan perbualan WhatsApp atau sebagainya, tak perlu untuk saya panjangkan lagi perkara ini.

“Saya tak mahu melukakan mana-mana pihak lagi. Biarlah perkara ini diselesaikan oleh mahkamah, keputusan dihakimi oleh mahkamah. Saya hanya nak selesaikan dan tamatkan sahaja,” katanya lapor Xtra.

Wanita perlu faham hak dan undang-undang di Malaysia

Mengulas mengenai perasaannya berdepan dengan kemelut rumah tangga dan perlu turun naik mahkamah sejak beberapa tahun ini, Aida merasakan setiap wanita perlu memahami hak dan undang-undang di Malaysia.

“Tiada wanita yang mahu melalui perkara ini, jadi saya sendiri mahu menyelesaikan secepat mungkin dan berharap agar semuanya baik-baik sahaja.

“Kepada semua wanita di luar sana, tak kisahlah jika anda wanita bekerjaya, suri rumah, ibu tunggal, masih bergelar isteri atau tidak.

“Saya mahu setiap wanita faham undang-undang, faham hak anda sebagai wanita, sebagai ibu. Golongan wanita patut tahu sistem kehakiman kita. Hakim akan tahu hakikat sebenar, peguam akan tahu hakikat sebenar, orang sekeliling pun akan tahu juga nanti.

“Jadi, selagi boleh kita pertahankan, kita harus pertahankan hak kita. Ibu mana yang mahu berjauhan dengan anak. Segala keputusan saya buat adalah demi kepentingan dan kebajikan anak,” katanya.

Terdahulu Sam tampil menerusi satu video menangkis semua dakwaan yang dilakukan Aida sewaktu ditemuramah sebuah stesen TV.

Dia di dalam video tersebut menafikan semua tuduhan yang dilemparkan oleh bekas isterinya sebaliknya menjelaskan perkara itu perspektifnya.

Malah Sam menafikan dakwaan Aida bahawa dia langsung tidak berjumpa anak tunggal mereka sejak enam bulan lalu.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.