fbpx
Now Reading
Demi Konten TikTok, Influencer Indonesia Sanggup Makan Babi Siap Baca Bismillah [Video]

Demi Konten TikTok, Influencer Indonesia Sanggup Makan Babi Siap Baca Bismillah [Video]

Aksi Lina Mukherjee memakan hidangan kulit babi itu bukan sahaja mencetuskan kemarahan rakyat Indonesia yang beragama Islam bahkan ada yang bertindak membuat laporan polis atas perbuatannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang inluencer di Indonesia mencetuskan kemarahan rakyat di negara republik itu selepas dia memuat naik video di TikTok sedang mencuba hidangan berupa kulit babi goreng bersama nasi putih.

Perbuatan Lina Mukherjee yang merupakan seorang Muslim lebih menaikkan kemarahan orang ramai apabila dia menyebut ungkapan Basmalah sebelum mencuba makanan tersebut.

“Bismillah. Kerana ingin tahu, aku akan mencuba kulit babi,” katanya.

Namun ketika mencuba makanan tersebut, Lina Mukherjee atau nama betulnya Lina Lutfiawati mengakui berasa seram sejuk meskipun ini bukan kali pertama menjamah makanan yang berasaskan daging khinzir itu.

Jelasnya dia sebelum ini pernah termakan daging babi ketika berada di Sri Lanka. Insiden yang berlaku ketika dia berumur 24 tahun itu gara-gara dia tidak mengetahui ‘Pork’ adalah nama Inggeris untuk babi.

“Ya Allah, habislah aku kena buang keluarga,” ujar wanita itu sebaik menyuap daging babi itu bersama nasi.

Tambahnya, rasa hidangan itu hampir sama dengan daging lembu yang telah dijemur namun bertekstur keras.

Mengaku konten TikTok

Di penghunjung video, wanita itu turut mengakui perbuatannya memakan daging babi itu hanyalah sekadar konten TikTok.

“Tidak seenak yang diperkatakan orang di TikTok. Ya Allah maafkan aku, cuma content,” katanya lagi sebelum menunjukkan isyarat tangan ‘good’.

Memetik laporan Fajar, perbuatan tidak bermoral Lina membuatkan seorang pendakwah, M Syarif Hidayat tampil membuat laporan polis.

Menurut M Syarif yang juga seorang peguam, dia nekad berbuat demikian kerana influener yang terkenal dengan konten Bollywood di media sosial itu telah melakukan penghinaan terhadap Islam.

Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Daerah (Polda) Sumatera Selatan pada 15 Mac yang lalu.

Perbuatan Lina turut mendapat perhatian pemimpin Islam dari Nahdlatul Ulama, Gus Miftah. Beliau menerusi satu hantaran di Instagram turut menyelar influencer tersebut kerana begitu berani mempamerkan aksinya itu di media sosial.

“Seorang perempuan yang mengaku muslimah dengan begitu santai makan daging babi. Padahal pengharman babi dalam al-Quran sudah jelas di mana kita boleh baca dalam surat Al Maidah ayat 3,” kata Gus.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.