fbpx
Now Reading
Kaki Dadah Di UK Tikam Teman Wanita Yang Hamil 40 Kali Hingga Maut

Kaki Dadah Di UK Tikam Teman Wanita Yang Hamil 40 Kali Hingga Maut

Mengikut laporan, bapa mangsa menemui anak perempuannya itu dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri ketika kejadian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki di United Kingdom (UK) mengaku bersalah menikam teman wanitanya yang sedang mengandung dengan menggunakan sebilah gunting sehingga mati.

Menurut Kosmo yang memetik Mirror UK, mangsa yang dikenali sebagai Ailish Walsh hamil 22 minggu ketika dia ditikam sebanyak 40 kali oleh teman lelakinya, Liam Taylor.

Disahkan meninggal dunia selepas ditemui oleh polis

Wanita berusia 28 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas ditemui oleh polis di sebuah pangsapuri di London Timur pada 15 Disember 2022.

Pendakwa raya Jane Osborne pada perbicaraan awal berkata, serangan yang dibuat itu sangat kejam dan dilakukan ketika Liam mengetahui Ailish mengandung anaknya.

Mengikut laporan, Bapa Ailish menemui anaknya itu dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri ketika kejadian.

Mayat mangsa ditutupi dengan jaket manakala kad bank milik Liam ditemui dalam poketnya

Difahamkan, mayat Ailish juga pada ketika itu ditutupi dengan jaket manakala kad bank milik Liam masih berada di dalam poketnya.

Selain itu, sebilah gunting yang dipenuhi dengan darah juga ditemui di tempat kejadian bersama dua buah dumbel.

Kamera litar tertutup (CCTV) turut merakam Liam masuk melalui pintu utama ke dalam bangunan itu pada pukul 8.36 malam dan keluar pada 9.14 malam.

Lima minit sebelum Liam pergi, kawan perempuan Ailish ada menghubunginya dan mendengar suara jeritan dan pergaduhan melalui telefon

Dia menghubungi Ailish selepas wanita itu menghantar mesej kepadanya yang dia cuba menghalau keluar Liam yang berada di bawah pengaruh dadah, katanya kepada mahkamah.

Liam yang berada di bawah pengaruh dadah telah ditangkap keesokan harinya

Liam yang didapati positif kokain, ganja dan alkohol telah ditangkap polis semasa dia berada di rumahnya pada awal pagi keesokan harinya.

Pada Isnin lalu, Liam mengaku bersalah atas pembunuhan Ailish semasa perbicaraan di Old Bailey. Penetapan hukuman terhadap lelaki itu akan berlangsung pada 10 Mei depan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.