fbpx
Now Reading
Aksi Kucing Panjat & Cium Imam Ketika Solat Tarawih Di Algeria Curi Tumpuan Dunia [Video]
kucing panjat imam

Aksi Kucing Panjat & Cium Imam Ketika Solat Tarawih Di Algeria Curi Tumpuan Dunia [Video]

Apa yang lebih mencuri tumpuan, kucing tersebut turut mencium wajah imam tersebut sebelum turun dan berlalu pergi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering menjadi tumpuan dan pilihan untuk dibela oleh kebanyakan pihak.

Malah sifatnya yang manja dan suka berinteraksi dengan manusia membuatkan individu berada dikeliling mereka senang dengannya.

Tindakan kucing panjat imam ketika solat Tarawih undang perhatian

Baru-baru ini, tular satu video di Twitter memaparkan tindakan seekor kucing yang mencuri tumpuan dunia apabila memanjat ke atas seorang imam di Algiers, Algeria ketika beliau sedang mengimamkan solat Tarawih.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Alteeqi, pada awalnya kelihatan kucing tersebut memanjat ke atas badan imam berkenaan semasa dia sedang khusyuk membaca surah.

Sebaik sahaja menyedari kucing tersebut memanjatnya, imam tersebut cuba untuk memeluk si comel itu agar dia tidak terjatuh dari badannya.

Imam kelihatan tenang dan meneruskan bacaan surah

Kucing itu kemudian dengan segera memanjat dan duduk di atas bahu imam terbabit.

Meskipun dipanjat oleh kucing berkenaan namun imam tersebut kelihatan tenang menangani situasi tersebut malah kembali berada dalam keadaan qiyam dan meneruskan bacaan sebaik sahaja kucing itu berada di atas bahunya.

Apa yang lebih mencuri tumpuan, kucing tersebut turut mencium wajahnya dan bermanja ketika imam itu sedang membaca surah sebelum turun dari bahu imam berkenaan.

Melihat di ruangan balas, ramai merasakan situasi tersebut sebagai sesuatu yang menenangkan dan comel.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.