fbpx
Now Reading
Haram Jual Beli Makanan Dengan Orang Yang Ponteng Puasa Di Bulan Ramadan – Ustaz Azhar Idrus [Video]
Haram jual beli dengan orang tak berpuasa

Haram Jual Beli Makanan Dengan Orang Yang Ponteng Puasa Di Bulan Ramadan – Ustaz Azhar Idrus [Video]

Menurut UAI, sekiranya seorang peniaga itu tahu individu berkenaan tidak berpuasa sedangkan dia wajib untuk berpuasa, maka jual beli tersebut adalah haram.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap tahun semua umat Islam tidak sabar untuk meraikan kemulian bulan Ramadan yang penuh dengan barakah.

Bukan hanya kita dijanjikan dengan ganjaran pahala yang besar dan banyak, tetapi ketika bulan Ramadan ini jugalah kita berpeluang untuk membetulkan diri agar lebih dekat dengan Allah SWT.

Namun dalam kegembiraan kita menyambut Ramadan dengan berpuasa dan melakukan ibadah tambahan, terdapat segelintir umat Islam yang culas dari melaksanakan rukun Islam yang ketiga ini tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Malah apa yang lebih teruk, turut ada segelintir peniaga yang mengambil kesempatan dengan menjual makanan dan minuman kepada golongan yang tidak berpuasa ini.

Ustaz Azhar Idrus jelaskan haram jual beli dengan orang tak berpuasa

Terbaharu pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi hantaran di Facebook telah menerangkan hukum berjual beli dengan orang Islam yang tidak berpuasa.

Jelas pendakwah tersebut, sekiranya kita mengetahui seseorang itu tidak berpuasa dan sedangkan dia dikategorikan sebagai individu yang diwajibkan untuk berpuasa maka haram buat peniaga untuk berjual beli dengannya.

“Jika kita tahu orang itu akan makan makanan tersebut di siang hari pada bulan puasa (ponteng puasa) sedangkan dia orang yang diwajibkan puasa maka haram untuk jual kepadanya.

“Sama ada jual pagi, tengah hari, pukul 6 atau sudah hampir waktu berbuka. Ini kerana individu itu ingin makan sebelum masuk waktu maghrib,” katanya.

Ujarnya, peniaga boleh menjual kepada seseorang yang diyakini akan makan apabila tibanya waktu untuk berbuka.

Jual beli sah dan halal jika pembeli adalah golongan tak wajib puasa

Walau bagaimanapun, urusan jual beli itu dibolehkan sekiranya ia dijual kepada individu yang tidak diwajibkan berpuasa.

“Kerana Allah SWT berfirman jangan kamu tolong-menolong bab dosa seperti ini. Tetapi kalau orang yang nak beli nak makan itu orang yang tak wajib berpuasa maka halal atau sah untuk berjual beli.

“Contohnya orang perempuan yang uzur, orang bermusafir yang tidak wajib berpuasa walaupun dibolehkan untuk berpuasa, dan kanak-kanak maka sah jual beli.”

Namun sekiranya ragu-ragu dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang proses jual beli dengan individu berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.