fbpx
Now Reading
“Kalah Kedai Tomyam” – Lelaki Tergamam Tengok Jiran ‘Payung’ Lampu Disko Jadi Lampu Raya Buat Ramai Terhibur [Video]

“Kalah Kedai Tomyam” – Lelaki Tergamam Tengok Jiran ‘Payung’ Lampu Disko Jadi Lampu Raya Buat Ramai Terhibur [Video]

Pemilik video yang pada awalnya menyangka hiasan lampu raya di rumahnya sudah cukup meriah bagaimanapun terkejut selepas melihat lampu disko di rumah jirannya itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tanpa disedari, sudah dua minggu umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini.

Selain daripada memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah SWT, umat Islam di negara ini juga sudah mulai rancak menyediakan dan membeli barang keperluan raya.

Di saat ini, pasti sudah ada rumah yang memasang hiasan lampu raya untuk menyerikan lagi suasana Syawal yang bakal kunjung tiba.

Rumah guna lampu disko jadikan lampu raya

Namun siapa sangka tindakan pemilik sebuah rumah ini menjadikan lampu disko sebagai lampu raya di kediamannya telah tular di media sosial.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun hakimy_mohamad, lelaki tersebut yang juga jiran pemilik rumah berkenaan turut tidak menyangka dan terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Terkejut tengok rumah jiran lagi meriah

Menurut pemilik video, dia menyangka bahawa hiasan lampu raya di rumahnya sudah cukup meriah, namun ternyata rumah jirannya yang memasang lampu disko lebih meriah.

“Aku ingat dah cukup meriah dah aku pasang lampu liplap, sekali jiran buka lampu liplap disko terus,” tulisnya.

Video berdurasi 16 saat itu ternyata mendapat perhatian ramai dengan jumlah tontonan 1 juta lebih dan 138 ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis

Ramai terhibur tengok lampu disko jadi lampu raya

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terhibur melihat jiran lelaki tersebut yang menggunakan lampu disko sebagai ganti lampu raya.

Malah segelintir netizen juga berseloroh meminta pemilik video untuk lawan kembali dengan memasang pelbagai jenis lampu yang lebih terang.

“Dia mari dengan lampu disco gais”

“Lawan bang lawan”

“Meriah kalah kedai tomyam”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.