fbpx
Now Reading
Ramai Kagum Lihat Nenek Ini Hafal Permulaan Ayat Setiap Juzuk Al-Quran [Video]
ingatan kuat ramai kagum lihat nenek hafal permulaan ayat setiap juzuk

Ramai Kagum Lihat Nenek Ini Hafal Permulaan Ayat Setiap Juzuk Al-Quran [Video]

Apa yang menakjubkan, meskipun sudah berusia tetapi ingatan nenek ini masih kuat apabila boleh mengingat setiap permulaan ayat bagi 30 juzuk al-Quran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai seorang umat Islam kita sememangnya disuruh untuk membaca, mempelajari dan memahami setiap yang dinyatakan di dalam Al-Quran.

Malah Allah turut menjanjikan ganjaran pahala yang besar bagi hambanya yang sentiasa beramal dengan al-Quran.

Bukan hanya itu, dengan membaca al-Quran setiap ayat yang dibaca juga dapat membuatkan seseorang itu berasa tenang.

Nenek masih mempunyai ingatan kuat boleh hafal permulaan ayat setiap juzuk

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang warga emas yang masih boleh mengingat setiap permulaan ayat dari juzuk 1 hingga 30 meskipun sudah berusia dalam lingkungan 75 tahun ke atas.

Menerusi video dikongsikan oleh Doreentifani, seorang individu yang dipercayai cucu kepada nenek tersebut telah memintanya untuk membaca ayat dari setiap permulaan juzuk.

Nenek itu kemudian mula menyenaraikan setiap permulaan ayat itu bermula dengan juzuk satu. Walaupun adakalanya dia tersasul, namun warga emas itu segera membetulkan semula bacaannya sebaik sahaja ditegur oleh cucu kesayangannya.

“Kepala juzuk (permulaan ayat dalam setiap juzuk) Tok Mek,” pinta cucunya itu.

Bacaan turut disemak oleh cucu kesayangan agar tidak tersalah

Bukan hanya itu, cucu yang merakamkan video tersebut turut menyemak sekiranya ada yang tersalah sebelum nenek itu berjaya menghabiskannya hingga ke juzuk 30.

Menerusi tinjauan kami di akaun TikTok milik Doreentifani, dia sering berkongsi mengenai amalan, bacaan ayat al-Quran dan ilmu agama Islam yang dibaca atau diamalkan oleh nenek serta bapanya.

Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum dengan nenek tersebut kerana meskipun sudah kelihatan tua namun dia mempunyai ingatan yang sangat kuat.

“Hebat tok mek ni, untunglah siapa yang jaga dia”

“Allahuakbar.. kuatnya ingatan tok. Semoga tok mek (nenek) dikurniakan kesihatan yang baik”

“Masyaallah kuat ingatan dia”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.