fbpx
Now Reading
“You Fikir Sendirilah, Bukan You Tak Lihat Game” – Cara Coach Perak FC Jawab Soalan Wartawan Undang Pelbagai Reaksi [Video]

“You Fikir Sendirilah, Bukan You Tak Lihat Game” – Cara Coach Perak FC Jawab Soalan Wartawan Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Reaksi Ketua Jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim (LTK) semasa ditemu ramah oleh wartawan Astro Arena ternyata mengejutkan ramai kerana dia seakan-akan ‘koyak’ dengan soalan yang diajukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selasa lalu (4 April), perlawanan liga super antara Perak FC menentang Johor Darul Ta’azim (JDT) berkesudahan dengan Perak FC dibelasah JDT dengan teruk.

Keputusan 0-5 itu sudah pasti telah menghampakan seluruh peminat Perak FC sama ada yang menonton di stadium mahupun di rumah.

Reaksi dan jawapan coach Perak FC curi tumpuan ramai

Pun begitu, apa yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah reaksi dan jawapan yang diberikan oleh Ketua Jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim semasa ditemu ramah oleh wartawan Astro Arena selepas tamat perlawanan.

Menerusi hantaran video di laman Twitter rasmi Astro Arena, kelihatan Teong Kim seolah-olah enggan dan tidak mahu melayan soalan yang diberikan oleh wartawan yang bertugas.

Bekas jurulatih pasukan remaja Bayern Munich itu juga dilihat membuat isyarat seperti tidak mendengar beberapa soalan yang diajukan kepadanya tentang perlawanan tersebut.

Selepas itu, wartawan menanyakan pula soalan mengenai kesimpulan yang boleh diberikan oleh Teong Kim mengenai keseluruhan perlawanan tersebut.

“Satu lagi perlawanan yang tidak berpihak kepada pasukan Perak, bagaimana Coach menyimpulkan keseluruhan perlawanan malam ini?” tanya wartawan.

Keong Tim akui JDT pasukan yang kuat

Keong Tim membalas dengan mengatakan bahawa JDT sememangnya satu pasukan yang kuat seperti apa yang pernah diberitahu olehnya.

“Saya sudah kata bukan, bahawa JDT team (pasukan) yang kuat,” jawab ringkas Teong Kim sambil mengangkat bahu.

Selepas terdiam beberapa saat, wartawan tersebut bertanya lagi mengenai kekurangan pasukan Perak FC yang dapat dilihat.

“Okay Coach, jadi kini selepas tujuh perlawanan liga pertama, apakah kekurangan yang coach lihat ada pada pasukan Perak pada ketika ini?” tanya wartawan itu lagi.

Beri jawapan yang mengejutkan, seakan ‘koyak’

Namun jawapan yang diberikan oleh Teong Kim dengan wajah yang ketat dan seakan ‘koyak’ amatlah mengejutkan.

“Kekurangan? You nampak game bukan, you fikir sendirilah apa kekurangan kami. Bukan you tak lihat game, siapa yang lihat dia tahulah,” jawab Teong Kim.

Difahamkan, ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut yang terpaksa ditanggung oleh Perak FC selepas sebelum ini tumpas di tangan Penang FC dan Sri Pahang.

Video berdurasi hampir satu minit itu mendapat perhatian ramai apabila kebanyakkan pengguna Twitter memberikan pelbagai reaksi mereka.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.