
“Macam Kat Hong Kong Dah” – Bilik Sewa Sempit Tepi Balkoni Dengan Harga RM600 Curi Perhatian Ramai
Meskipun bilik sewa tersebut dilengkapi dengan perabot seperti katil dan kipas namun harga sewaan yang ditawarkan tidak berbaloi dengan harganya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan ramai di antara kita yang bekerja atau belajar di kawasan bandar lebih memilih untuk menyewa rumah atau bilik sebagai tempat tinggal.
Namun dalam kita melakukan proses pencarian bagi membuat pilihan tempat tinggal untuk disewa, pasti kita ada beberapa kriteria yang diutamakan contohnya jenis kawasan perumahan, jarak ke tempat kerja, keselamatan, saiz ruang dan juga harga yang berpatutan.
Perkara ini dilakukan agar bilik atau rumah yang disewa adalah selesa dan mengikut kepada kemampuan diri seseorang.
Walau bagaimanapun, dalam proses kita mencari pasti ada beberapa iklan sewaan yang tidak masuk akal apabila menawarkan dengan harga yang mahal dan tidak berbaloi dengan bilik atau rumah yang disewakan.
Bilik sewa RM600 undang perhatian ramai
Baru-baru ini, tular satu ciapan di Twitter dikongsikan oleh Asyraf Rosli yang memaparkan sebuah bilik sewa dipercayai di Shah Alam, Selangor yang berharga RM600 (bulanan) hingga menjadi tumpuan ramai.
Namun apa yang menjadi perhatian, bilik sewa yang dilengkapi dengan sebuah katil bujang dan kipas itu kelihatan sangat sempit.
Bukan hanya itu, ruang dari katil ke sliding door (pintu gelangsar) juga dilihat begitu kecil hingg ada yang menyifatkannya tidak selesa untuk dihuni.
Ruang untuk berjalan antara di dalam bilik dengan balkoni terlalu sempit
Meskipun bilik ini mempunyai ruang balkoni dan mempunyai perabot yang lengkap namun harga dan keluasan yang diberikan adalah tidak berpatutan dengan harganya.
Balcony room ya😭 pic.twitter.com/Kk50GCeSJF
— Asy | iPhone Repair Murah (@AsyrafRosli_) April 6, 2023
Melihat di ruangan balas, ramai yang tidak bersetuju dengan harga yang disewakan kerana dipercayai ruangan tersebut adalah bilik tambahan yang dibuat oleh pemilik.
Ada juga yang menyatakan mereka boleh mendapat bilik sewa yang lebih murah dengan keluasan lebih besar dari gambar berkenaan.
Selain itu, ada juga menyatakan bilik berkenaan berisiko dimasuki air hujan kerana terlalu rapat dengan balkoni sekiranya cermin tidak ditutup.
Apartmen 3 bilik partitioned sampai ruang mengadap balcony pun jadikan bilik. Kasihan yg sewa bilik proper in this place, no access to the balcony. Jemur kain dalam bilik masing2. Macam setinggan tapi harga hanya parents T20 je mampu. This isn’t right at all!
— Tapirus indicus (@Acrocodia) April 6, 2023
Kita buat sewa bilik dalam rumah rm400. Bilik besar. Ruang tamu besar. Dapur besar. Pun org kata mahal. 😭😭😭. Ni apebendeeeee
— Bunga Petunjuk (@gagagasidah) April 6, 2023
Ni kalau malam2 ada makcik karipap nak lari mcm mana?
— Nazmi (@Nazmi2769) April 6, 2023
kalau pns ni, msti azab rsenye, tp kalau hujan ribut petir ni, kluar je trus mndi 😮💨
— 🐦 (@zaaizaiza) April 6, 2023
Mahalnyaa balcony pulak tu. Ibu aku sewakan rumah flat dia half furnished rm700 je. Dah 10 tahun+ penyewa duduk situ taknak pindah lain.
— Aisyah 🦋 (@AisyahSyaaa) April 7, 2023