fbpx
Now Reading
“Sempat Lagi Fikir Content?” – Wanita Buat Video Di TikTok Ketika Anak Hilang Undang Pelbagai Reaksi [Video]

“Sempat Lagi Fikir Content?” – Wanita Buat Video Di TikTok Ketika Anak Hilang Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Keluarga ini bagaimanapun bernasib baik apabila mereka berjaya menemui semula anak kecil yang hilang tersebut dengan bantuan pasukan keselamatan pusat beli belah di Shah Alam itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Harus diakui, peristiwa kehilangan anak kecil ketika berada di tempat awam khususnya pusat beli belah adalah salah satu perkara yang paling ditakuti oleh ramai ibu bapa.

Perasaan bercampur baur di saat misi mencari sudah cukup membuatkan si ayah dan ibu tidak cukup nafas malah ada yang gagal mengawal emosi hingga menangis kesyukuran sebagai si kecil ditemui.

Terbaharu tular di media sosial video seorang wanita yang kehilangan anak ketika sedang membeli-belah di sebuah mall di Shah Alam, Selangor.

Insiden tersebut bagaimanapun menarik perhatian ramai pengguna Twitter gara-gara si ibu sempat merakam insiden berkenaan meskipun dalam situasi cemas.

“Anak hilang okay boleh buat content. Ibu bapa zaman sekarang,” ciap pengguna Twittter, Faiz Fayeshz.

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan menjelaskan insiden berlaku sewaktu mereka sekeluarga sedang membeli kasut sekolah untuk seorang anak perempuan mereka.

Si kecil yang sebelum itu bersama mereka tiba-tiba hilang dari pandangan sebaik mereka selesai membayar barangan berkenaan.

Di dalam video sama, keluarga berkenaan turut dibantu oleh seorang pengawal keselamatan pusat beli belah itu.

Akhirnya anak selamat ditemui

Menerusi semakan kami di TikTok, keluarga ini bagaimanapun bernasib baik apabila mereka berjaya menemui semula anak kecil yang hilang tersebut dengan bantuan pasukan keselamatan di sana.

Difahamkan dia ditemui oleh seorang pengawal sekuriti warganegara Nepal ketika sedang duduk berseorangan di sana sebelum diserahkan kepada rakan sekerjanya yang lain.

Sewaktu disoal ke mana dia menghilang, si kecil kemuian menjawab, “Mummy yang hilang.”

@hellohampa

Alhamdullillah dah jumpa Rauf. Thank you pada pihak security PKNS Shah Alam yg sgt prihatin dan baik. Tak lupa jugak pada semua yg mendoakan Rauf. ❤️Lain kalilah mummy beli baju raya😅 #hellohampa #fyp #raya #tragedi #videoviral

♬ original sound – Hello Hampa by Rose Zainol – Hello Hampa by Rose Zainol

Meskipun ada yang menarik nafas lega, ramai pengguna media sosial memberi peringatan kepada wanita berkenaan dan para ibu bapa agar lebih berhati-hati.

Namun ada juga yang tertanya-tanya bagaimana wanita ini masih boleh memegang telefon untuk merakam insiden walhal dia sedang berdepan situasi getir.

Bahkan segelintir turut mempersoalkan motif si ibu mengalihkan kamera untuk merakam mukanya sendiri.

Pun begitu, ada yang merasakan niat wanita berkongsi video hanya untuk mengawal anxiety selain menimbulkan kesedaran buat orang ramai.

Berikut antara komen menarik yang diberikan pengguna di Twitter dan TikTok:

“Mungkin niat nak kongsi supaya jadi pengajaran”

“Sempat fikir nak record muka sendiri”

“Anak hilang siap boleh buat kapsyen TikTok”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.