fbpx
Now Reading
Gara-Gara Bergaduh Dengan Abang, Remaja Perempuan Di India Sanggup Telan Telefon Bimbit
remaja alami sakit perut teruk selepas telan telefon bimbit

Gara-Gara Bergaduh Dengan Abang, Remaja Perempuan Di India Sanggup Telan Telefon Bimbit

Selepas dua jam dibedah, doktor dan pasukan akhirnya berjaya mengeluarkan telefon bimbit berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun di India berdepan detik cemas apabila terpaksa menjalani pembedahan kecemasan, gara-gara menelan telefon bimbit selepas berlaku perselisihan faham dengan abangnya.

Menurut doktor bedah, pergaduhan dua beradik yang berlaku pada 7 April lalu di daerah Bhind, Madhya Pradesh tersebut telah membawa kepada kejadian buruk.

Pertelingkahan adalah disebabkan telefon bimbit

Memetik laporan New York Post, dua beradik itu dilaporkan bertelingkah menegenai sebuah telefon bimbit buatan China dan untuk menamatkan pertelingkahan tersebut remaja berkenaan bertindak menelan alat elektronik terbabit.

“Semasa perasaan marah memuncak ketika pergaduhan berlaku, dia (remaja perempuan) telah mengambil langkah impulsif dengan menelan telefon bimbit berkenaan,” jelas doktor yang terkejut dengan kejadian itu.

Tidak lama kemudian, gadis berkenaan mengadu apabila mengalami rasa sakit yang teruk.

Alami sakit perut yang teruk dan muntah-muntah

Jelas doktor, remaja perempuan itu mula mengalami gejala seperti sakit perut yang kronik dan muntah berulang kali, ini menyebabkan ahli keluarganya bertindak untuk menghantar remaja tersebut ke Hospital Jaya Arogya di bandar Gwalior untuk pemeriksaan lanjut.

Sejurus sampai di hospital pakar bedah kemudian melakukan beberapa ujian seperti imbasan CT, X-ray dan juga ultrasound.

Mereka kemudian memaklumkan telefon tersebut tidak boleh dikeluarkan dengan kaedah endoskop dan pembedahan merupakan satu-satunya pilihan yang dimiliki untuk menyelamatkan remaja tersebut.

Menurut pakar bedah Dr Naveen Kushwah, selepas dua jam bertarung untuk melakukan pembedahan, akhirnya doktor dan pasukannya berjaya mengeluarkan telefon bimbit tersebut.

Terima 10 jahitan semasa bembedahan, keadaan remaja stabil

Ketika pembedahan dilakukan remaja tersebut menerima sebanyak 10 jahitan namun keadaanya kini dilaporkan stabil dan dijangka dibenarkan pulang ke rumah tidak lama lagi.

Kata Dr Kushwah ini merupakan pengalaman pertamanya menghadapi situasi ini selama 20 tahun menjadi seorang doktor.

Disebabkan insiden tersebut Dr Kushwah turut meminta ibu bapa agar lebih berhati-hati sebelum memberi telefon bimbit kepada anak-anak.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.