“Masih Dalam Wuduk” – Jemaah Wanita Meninggal Dunia Akibat Dilanggar Kereta Usai Solat Tarawih Di Tanah Suci [Video]
Difahamkan, Allahyarhammah Neshah Abdullah juga disolatkan dan didoakan oleh jutaan umat Islam di Masjidil Haram, Mekah sebelum dikebumikan di Maqbarah Suraya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui, bulan Ramadan atau bulan puasa merupakan bulan yang paling mulia buat seluruh umat Islam.
Hal ini kerana di bulan Ramadan, umat Islam harus mengawal nafsu dan dan memperbanyakkan amal ibadah seperti solat tarawih, berzikir nak sebagainya.
Tidak hanya itu, kebanyakan perkara yang berlaku di bulan Ramadan juga dianggap sebagai sesuatu yang baik termasuklah dengan kematian seseorang umat Islam.
Jemaah Malaysia di Tanah Suci meninggal dunia pada 12 Ramadan
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang Jemaah wanita Malaysia yang berada di Tanah Suci meninggal dunia pada 2 April lalu bersamaan hari ke-12 Ramadan.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @abukhaleef2, jemaah wanita yang dikenali sebagai Hajah Neshah Abdullah itu meninggal dunia akibat dilanggar kereta semasa pulang dari menunaikan solat Tarawih dalam keadaan masih mempunyai wuduk.
“Puan Neshah gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada malam tersebut. Beliau dilanggar kereta semasa melintas jalan raya seusai mengerjakan solat tarawih.
“Almarhummah seorang isteri, ibu dan Muslimah yang sangat baik. Mati di sebaik-baik tempat, di bulan yang terbaik, seusai mengerjakan sebaik baik amalan,” tulisnya di dalam video.
Jenazah Allahyarham disolatkan dan didoakan jutaan umat Islam di Masjidil Haram
Difahamkan, Allahyarhamah juga disolatkan dan didoakan oleh jutaan umat Islam di Masjidil Haram, Mekah sebelum dikebumikan di Maqbarah Suraya.
Pada masa sama, seorang wakil agensi perkhidmatan umrah Harmony Excellence Holiday berkata proses pengurusan dan pengebumian jenazah sangat mudah selain menyifatkan kematian arwah sebagai sesuatu yang dicemburui.
“Kita sekarang di Maqbarah Suraya dekat dengan Masjidil Haram, Allah Taala terima jemaah kita Nesha Binti Abdullah di bulan yang terbaik dalam keadaan menyempurnakan sebaik-baik amalan.
“Mudah-mudahan kematiannya menjadi asbab kebaikan untuk seluruh ahli keluarganya dan buat kita semua juga beri pengajaran untuk kita,” katanya.
Kisah sama turut dikongsikan oleh Harmony Excellence Holidays di laman Facebook rasminya.