fbpx
Now Reading
“Mung Sape, Nak Ulas-Ulas?” – UAI ‘Sound’ Netizen Suka Masuk Campur Hal Tetapan Tarikh Hari Raya [Video]

“Mung Sape, Nak Ulas-Ulas?” – UAI ‘Sound’ Netizen Suka Masuk Campur Hal Tetapan Tarikh Hari Raya [Video]

Menurut UAI, perkara tersebut berlaku kerana di dalam diri segelintir individu mempunyai penyakit hati sehingga sanggup mempertikaikan hukum hakam agama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, isu raya mengejut kembali menjadi bualan hangat susulan penularan gambar kononnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah membuat penetapan tarikh 1 Syawal.

Meskipun JAKIM telah membuat penafian, ia kembali rancak dibahaskan apabila Pusat Astronomi Antarabangsa di Emeriah Arab Bersatu (UAE) menjangkakan tarikh akhir Ramadan pada tahun ini jatuh pada hari Khamis (20 April).

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pusat Astronomi Antarabangsa Jangka 1 Syawal Jatuh Pada Hari Jumaat 21 April

Hal ini menyebabkan segelintir umat Islam meminta agar JAKIM menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri lebih awal agar tidak berlaku peristiwa ‘Raya Mengejut’ seperti tahun lepas.

Ustaz Azhar Idrus tegur individu desak tarikh Hari Raya diumumkan lebih awal

Terkini, pendakwa bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) lantang memberi teguran kepada individu yang mendesak supaya tarikh 1 Syawal diumumkan lebih awal kononnya untuk memudahkan urusan mereka.

Menerusi hantaran video di laman Facebook rasminya, UAI berkata pada zaman ini orang ramai lebih cenderung untuk masuk campur dan mempertikai hal agama berbanding perkara yang lain.

“Kenapa dalam bab baiki kereta kita hantar dekat pomen, patut masuk campurlah, ni tak kita akur. Tapi bila bab hukum ulama, kita lawan belake (semuanya),” katanya.

Penyakit hati punca orang bertikai bab agama

UAI berkata, perkara tersebut berlaku kerana di dalam diri segelintir individu mempunyai penyakit hati sehingga sanggup mempertikaikan hukum hakam agama.

Kenyataan itu diberikan oleh UAI selepas seorang individu meminta pandangan dan nasihat beliau mengenai hal tersebut dalam satu program ceramahnya.

Jelas UAI lagi, melawan tok guru atau golongan agamawan adalah cara untuk menjatuhkan agama Islam pada akhir zaman ini.

Berkongsi lanjut, UAI berkata dua hari lepas beliau terbaca kebanyakan umat Islam memarahi kerajaan dan JAKIM kerana tidak mahu menetapkan tarikh hari raya lebih awal.

“Dua hari lepas saya ada terbaca, ramainya netizen marah sebab kerajaan termasuk JAKIM tidak mahu tetapkan lagi bila tarikh hari raya,” katanya lagi.

Minta JAKIM tentukan tarikh Hari Raya lebih awal demi kepentingan diri

Lebih mengecewakan apabila alasan yang diberikan hanyalah untuk kepentingan diri seperti menyediakan kuih raya dan sebagainya.

Hal ini menyebabkan UAI berasa kecewa kerana segelintir masyarakat beragama Islam lebih mementingkan hal duniawi berbanding syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

“Tujuh lapis langit, tujuh lapis bumi semua tunduk pada syariat Allah, mung (kamu) pulak nak tengok kuih dah tempah ke tidak. Apa peduli, mung sape?

“Raya mengejut ni bila nampak anak bulan, kalau tak nampak tak mengejut, lusa raya. Selalunya kita puasa 30 hari.

“Empat mazhab iaitu Hanafi, Syafie, Maliki, Hambali kena tengok anak bulan, takda khilaf,” tegas UAI lagi.

Terdahulu, pegawai Falak di Jabatan Mufti Negeri Perak telah menjelaskan secara terperinci dah mudah mengapa tahun ini berkemungkinan tidak terjadinya raya mengejut seperti tahun lepas.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: [Video] Tiada Raya Mengejut Tahun Ini? Ini Penjelasan ‘Padu’ Pegawai Falak Mufti Perak

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.