fbpx
Now Reading
Zahid Hamidi Mohon Gugurkan 47 Pertuduhan Rasuah, Pecah Amanah & Gubah Wang Haram Babitkan Yayasan Akalbudi

Zahid Hamidi Mohon Gugurkan 47 Pertuduhan Rasuah, Pecah Amanah & Gubah Wang Haram Babitkan Yayasan Akalbudi

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob, beliau mendapat arahan daripada Peguam Negara untuk tidak membantah permohonan penangguhan perbicaraan kes itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan 47 kes Yayasan Akalbudi (YAB) yang dihadapinya melibatkan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Peguam mewakili Ahmad Zahid, Hamidi Mohd Noh memohon Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrance Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan prosiding hari ini (10 April) sementara menunggu keputusan Peguam Negara (AG) Tan Sri Idrus Harun mengenai permohonan terbabit.

“Kami telah menulis surat representasi pada Januari dan kami telah menghantar kesinambungan dan representasi baharu dengan beberapa fakta dan bukti baharu berhubung pertuduhan itu kepada AGC pada Februari.

“Pihak pendakwaan telah menjawab, mereka tidak mempunyai bantahan (untuk menangguhkan perbicaraan) bagi pihak mereka, memandangkan representasi itu mempunyai 200 hantaran dan mereka memerlukan masa untuk mempertimbangkannya,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya dapat arahan jangan bantah permohonan penangguhan

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob berkata beliau mendapat arahan daripada Idrus untuk tidak membantah permohonan penangguhan perbicaraan kes itu.

“Dalam surat representasi yang dikemukakan kepada kami, terdapat beberapa peringkat iaitu pertama pada Januari, kemudian pada 14 Februari ada beberapa dokumen diserahkan kepada kami yang kesemuanya lebih 200 muka surat.

“Selepas meneliti representasi yang panjang lebar dan mengandungi isu kompleks, kami diarahkan untuk tidak membantah permohonan tersebut (tangguh bicara) kerana pihak pendakwaan memerlukan masa yang munasabah untuk mempertimbangkan (representasi),” katanya.

Pada masa sama, ketika Collin bertanya mengenai masa yang perlu diambil, Abdul Malik berkata pihaknya memerlukan lebih masa.

Hal ini kerana permohonan penangguhan perbicaraan disertakan bersama surat daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki kepada Idrus pada 20 Februari lalu.

Hakim benarkan perbicaraan ditangguh

Collin bagaimanapun membenarkan perbicaraan kes pada hari ini ditangguhkan dan mengosongkan tarikh perbicaraan pada April hingga Julai.

Selain itu, mahkamah juga mengekalkan tarikh perbicaraan pada Ogos iaitu 1 hingga 3, 7 hingga 10 dan 21 hingga 24.

Manakala tarikh baharu perbicaraan ditetapkan pada:

  • 4 hingga 8 September
  • 30 dan 31 Oktober
  • 13 hingga 17 November
  • 20 hingga 24 November
  • 11 hingga 15 Disember

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.