Kenapa Makan Banyak Tapi Masih Lapar? Ini 5 Sebabnya
Antara sebab anda masih berasa lapar walau telah makan dalam kuantiti banyak adalah disebabkan tabiat atau habit pemakanan seseorang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut sahaja tentang makan pasti anda sudah membayangkan pelbagai jenis hidangan yang menjadi kegemaran.
Namun pernahkah anda mengalami situasi di mana walaupun sudah makan dalam kuantiti yang banyak tetapi masih lagi rasa mahu lapar dan mahu makan?
Situasi ini pasti membuatkan anda bingung kerana ia secara tidak langsung akan memeberi implikasi kepada badan sekiranya berat badan meningkat secara mendadak apabila tabiat tersebut sukar untuk dikawal.
Seorang wanita iaitu Dilla Nur yang sering memuat naik mengenai perjalanannya untuk mendapat berat ideal di Twitter telah berkongsi beberapa sebab masalah itu berlaku.
Tanpa berlengah lagi jom kami kongsikan kepada anda.
#1 Tabiat atau habit
Menurut Dilla tabiat pemakanan seperti makan dalam keadaan yang terlalu cepat atau tergesa-gesa serta tidak mengunyah dengan betul boleh menyebabkan kita rasa kurang kenyang selepas makan.
Keadaan ini akan menyebabkan kita rasa mahu makan lagi untuk berasa kenyang. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan amalan seperti mengunyah makanan sehingga hancur atau gunakan teknik 20 min.
Teknik 20 min itu adalah mengambil makanan yang tidak lebih dari saiz sudu teh atau duit syiling 20 sen, mengunyah makanan lebih daripada 20 kali, berhenti makan selepas 20 minit.
Malah Nabi Muhammad SAW mengajar umat Islam untuk berhenti makan sebelum kenyang.
#2 Gula dalam darah rendah
Seseorang individu tidak digalakkan membuat pemeriksaan darah selepas makan, ini kerana bacaan akan meningkat selepas seseorang makan.
Namun mereka akan mudah berasa lapar sekiranya gula dalam darah menurun terlalu cepat selepas makan.
Keadaan ini biasanya berlaku jika anda mengambil pemakanan karbohidrat seperti nasi, kuih muih atau mi.
#3 Tekanan atau emosi
Segelintir individu mungkin menjadikan tabiat makan sebagai salah satu cara untuk mengekspresikan diri mereka.
Maka tekanan atau emosi memainkan perasan penting terhadap nafsu makan seseorang.
Ada yang menyangkakan makan dengan kerap dalam kuantiti yang banyak dan tidak terkawal dapat membantu melegakan tekanan yang sedang dialami.
Kerana itulah adakalanya kita dapat melihat sesetengah orang yang sukar mengawal diri mereka dari makan berulang kali ketika mengalami tekanan.
#4 Tidak puas
Makanan yang tidak mengenyangkan atau tidak mempunyai nutrisi yang cukup boleh membuatkan seseorang merasakan dia perlu makan dalam kuantiti yang lebih.
Oleh itu, kita perlu memilih makanan yang cukup nutrisi serta mempunyai macro dan micronutrien yang lengkap untuk masuk ke dalam badan. Ia adalah untuk memastikan badan mendapat keperluan harian yang cukup.
#5 Tabiat makan berlebihan
Tabiat makan berlebihan boleh mengubah corak selera makan dan membuatkan kita rasa perlu makan lebih meskipun telah mengambil makanan dalam kuantiti banyak.
Untuk badan yang sihat maka seseorang itu perlu mengubah tabiat makan mereka dengan menukar kepada cara makan lebih kerap dalam hidangan yang kecil.