fbpx
Now Reading
KPDN Jalankan Siasatan Selepas Pelancong Dakwa Dicaj RM120 Untuk Servis Potong Rambut

KPDN Jalankan Siasatan Selepas Pelancong Dakwa Dicaj RM120 Untuk Servis Potong Rambut

Menurut Pengarah KPDN Kuala Lumpur kenyataan lanjut akan diberikan selepas siasatan kes berkenaan selesai dijalankan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial apabila sepasang pelancong luar negara mendakwa telah menjadi mangsa penipuan sebuah kedai gunting rambut di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Difahamkan, caj yang dikenakan bagi potongan rambut biasa lelaki adalah tidak masuk akal iaitu berjumlah RM120 menyebabkan mereka berasa tidak puas hati.

KPDN jalankan siasatan

Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menjalankan siasatan mengenai dakwaan pelancong terbabit.

Menurut Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin, pihaknya terkesan dengan video tular berkenaan dan telah membuat siasatan bermula hari ini (11 April).

“Buat masa ini, kita akan siasat dahulu kerana premis tidak menyalahi sebarang peraturan sekiranya dia letak tanda harga dengan jelas,” katanya ketika dihubungi Kosmo hari ini.

Menurut Ariffin, kenyataan lanjut akan diberikan selepas siasatan kes berkenaan selesai dijalankan.

Tular pelancong dakwa kena ‘scam’ di kedai gunting rambut

Terdahulu, BuzzKini melaporkan satu pasangan pelancong dari Filipina dan England yang meluahkan rasa kecewa mereka apabila diperdaya selepas mendapatkan perkhidmatan gunting rambut daripada seorang warga asing.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zoeandczar_, pada awalnya lelaki yang dikenali sebagai Czar mendapati harga untuk potongan rambut di kedai berkenaan bermula dengan harga RM19.

Namun sebaik selesai, pemotong rambut tersebut mengecaj mereka sebanyak RM120. Mereka kemudiannya bertanya kepada penduduk tempatan di mana rata-rata menyifatkan harga tersebut adalah begitu mahal dan tidak masuk akal.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.