fbpx
Now Reading
Layak Ke Pendosa Jumpa Malam Lailatul Qadar? Ini Jawapan ‘Padu’ Ustaz Don Daniyal [Video]

Layak Ke Pendosa Jumpa Malam Lailatul Qadar? Ini Jawapan ‘Padu’ Ustaz Don Daniyal [Video]

Menurut Ustaz Don, golongan pendosa sememangnya layak dan harus mengharapkan mustajab doa agar dosa dapat diampunkan oleh Allah SWT.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling mulia buat umat Islam di seluruh dunia. Ini kerana segala amal ibadat seperti berpuasa dan sebagainya akan mendapat  ganjaran pahala yang berlipatganda.

Selain daripada itu, bulan Ramadan juga digelar sebagai bulan keampunan di mana pintu syurga akan dibuka manakala pintu neraka ditutup.

Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan

Lebih istimewa lagi, apabila di dalam 10 Ramadan terakhir terselitnya satu malam yang paling penting dan bermakna oleh umat Islam iaitu malam Lailatul Qadar.

Meskipun ia disebut sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan, namun masih ada segelintir individu yang berasa tidak layak menerima keberkatan malam tersebut atau berasa doanya tidak akan dimakbulkan kerana dirinya seorang pendosa.

Golongan pendosa berhak dapat malam Lailatul Qadar

Sehubungan itu, penceramah bebas terkenal Ustaz Don Daniyal menegaskan bahawa golongan pendosa sebenarnya lebih berhak terhadap waktu mustajab doa yang diberikan oleh Allah SWT.

Menerusi hantaran video di laman TikTok miliknya, Ustaz Don berkata golongan terbabit juga haruslah sentiasa berdoa agar segala dosa yang dilakukan diampunkan oleh Allah SWT.

“Dengar apa yang saya nak pesan, pegang sampai seumur hidup dan kalau berlaku pada kawan atau jiran atau sesiapa sahaja. Bagi jawapan yang saya nak bagi ni.

“Orang berdosa macam kita, kena berharap waktu mustajab doa untuk Allah SWT ampun dosa kita. Kita semua berhak untuk berjumpa malam Lailatul Qadar,” katanya.

Untuk info, video yang dikongsikan ini merupakan rakaman yang dimuat naik pada 24 April 2022 namun dikongsikan semula oleh pengguna media sosial yang lain memandangkan sejak semalam (11 April) kita sudahpun memasuki 10 malam terakhir Ramadan pada tahun ini.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat menaikkan semangat anda untuk terus meningkatkan amal ibadah ketika 10 malam terakhir ini dan semoga kita semua ditemukan dengan malam Lailatul Qadar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.