fbpx
Now Reading
Selamba Tukar QR Code Tabung Derma Masjid Ke Akaun Sendiri, Lelaki Di Indonesia Ditahan Polis [Video]
Lelaki kantoi tukar QR Code tabung derma ditahan polis Di Indonesia

Selamba Tukar QR Code Tabung Derma Masjid Ke Akaun Sendiri, Lelaki Di Indonesia Ditahan Polis [Video]

Menurut wakil pengurusan masjid tersebut, pihaknya turut menemui sebanyak 50 pelekat kod imbasan QR palsu yang tertulis ‘restorasi masjid’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular satu video di Twitter, memaparkan aksi seorang lelaki di sebuah masjid dipercayai di Indonesia sedang menukar kod imbasan QR di tabung derma atau sedekah ke akaunnya sendiri.

Menerusi video rakaman CCTV yang dikongsikan oleh Zulfikar Akbar yang merupakan seorang wartawan di Indonesia, kelihatan lelaki tersebut pada awalnya mengeluarkan sesuatu seperti kertas dari poketnya.

Dia kemudian menghampiri tabung derma atau sedekah itu dan menampal kertas yang dikeluarkan tersebut kepada beberapa tabung lain.

Polis Indonesia tahan lelaki tukar QR Code pada tabung derma

Susulan dari perkara itu, pihak polis Indonesia telah menyiasat dan menahan individu berkenaan selepas kegiatannya menukar QR Code di tabung derma terbongkar.

Kegiatan itu turut dilakukan oleh lelaki berkenaan di beberapa masjid di Jakarta Selatan, antaranya adalah Masjid Istiqlal.

Memtik laporan CNN Indonesia, kejadian tersebut telah menjadi perhatian ramai selepas tularnya video rakaman CCTV memaparkan kegiatan lelaki tersebut.

Difahamkan rakaman yang tukar berlaku di Masjid Nurul Iman di Block M Square, Jakarta Selatan.

Sebanyak 50 pelekat QRIS palsu ditemukan

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Ibadah Masjid Istiqlal, Abu Hurairah turut memaklumkan pegawai telah menjumpai kira-kira 50 pelekat kod bar imbasan QRIS yang palsu.

Jelas Abu, pelekat kod QRIS yang tertulis “Restorasi Masjid” berkenaan turut ditemui sekitar empat hari (8 April) yang lepas.

Katanya lagi, pihak pengurusan Masjid Istiqlal telah melaporkan kes tersebut kepada pihak bank sebaik sahaja mengetahui hal berkenaan.

Hasil siasatan awal, suspek bagi kes tersebut melakukan kegiatan tersebut seorang diri.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.