fbpx
Now Reading
Kedudukan Anak Bulan Mungkin Tidak Penuhi Syarat Raya Pada Hari Jumaat, 21 April

Kedudukan Anak Bulan Mungkin Tidak Penuhi Syarat Raya Pada Hari Jumaat, 21 April

Kedudukan anak bulan pada 20 April tidak memenuhi kriteria Imkanur Rukyah bagi menjangkakan tarikh 1 Syawal jatuh pada 21 April.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak minggu lalu, kecoh di media sosial apabila isu Hari Raya ‘mengejut’ kembali menjadi bualan hangat di kalangan umat Islam di negara ini.

Hal ini susulan satu laporan oleh Pusat Astronomi Antarabangsa di Emeriah Arab Bersatu (UAE) menjangkakan akhir Ramadan pada tahun ini jatuh pada hari Khamis (20 April).

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pusat Astronomi Antarabangsa Jangka 1 Syawal Jatuh Pada Hari Jumaat 21 April

Pun begitu, seorang pegawai Falak dari Mufti Negeri Perak telah menjelaskan perkara tersebut berkemungkinan tidak berlaku di Malaysia atas faktor kedudukan bulan pada 20 April itu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: [Video] Tiada Raya Mengejut Tahun Ini? Ini Penjelasan ‘Padu’ Pegawai Falak Mufti Perak

Terkini, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Amran Awaludin juga memberikan pandangan yang sama.

Kedudukan anak bulan tidak penuhi kriteria Imkanur Rukyah

Menurutnya, kedudukan anak bulan pada 20 April nanti tidak memenuhi kriteria Imkanur Rukyah bagi menjangkakan tarikh 1 Syawal jatuh pada 21 April.

Jelasnya lagi, susulan itu para Mukmin dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menunggu keputusan cerapan anak bulan untuk menentukan tarikh 1 Syawal pada 20 April ini.

“Jangan buat sebarang spekulasi, kita berpandukan kaedah rukyah dan hisab maka kena tunggu keputusan cerapan pada petang hari Khamis 20 April itu nanti.

“Berdasarkan kriteria Imkanur Rukyah yang telah ditetapkan memang kedudukan anak bulan tidak memenuhi kriteria tersebut yang menolak jangkaan 1 Syawal jatuh pada 21 April,” katanya ketika dihubungi Kosmo.

29 lokasi di seluruh negara akan melaksanakan cerapan anak bulan

Difahamkan, sebanyak 29 lokasi di seluruh negara akan melaksanakan cerapan anak bulan untuk menentukan tarikh 1 Syawal yang bakal diumumkan nanti.

“Kriteria Imkanur Rukyah ini mesti la ketinggian anak bulan dari garis ufuk (kaki langit ) melebihi tiga darjah seterusnya jarak lengkung melebihi 6.4 darjah selepas matahari terbenam.

“Ini telah diputuskan dalam Muzakarah Falak Kebangsaan Tahun 2021 dan Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) juga,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, susulan itu para Mukmin dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menunggu keputusan cerapan anak bulan untuk menentukan tarikh 1 Syawal pada 20 April ini.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.